BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cabar tinjau kapal selam

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
LANGKAWI - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencabar pemimpin pembangkang, melihat sendiri operasi kapal selam, KD Tun Abdul Razak pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa 2011 (Lima11), 6 hingga 10 Disember depan.

Menurutnya, langkah itu bagi menjawab tohmahan pembangkang yang sering mempermainkan isu kapal selam terbabit sejak dibeli dari Perancis.

Beliau berkata, surat jemputan sudah dihantar kepada semua ahli parlimen, tidak mengira parti, untuk melihat kapal selam tersebut dari dekat.

“Melalui jemputan itu, hanya Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) menyatakan kesudian hadir.Pemimpin pembangkang yang lain hanya berdiam diri.

“Saya cabar mereka memberi respons terhadap jemputan itu, datang melihat serta menceritakan semula perkara benar kepada semua ahli parti,” katanya di Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), semalam.

Sementara itu, beliau berkata, Lima edisi ke-11 tahun ini, bakal menjadi edisi terbaik.

“Sebanyak 403 syarikat pempamer dari 35 negara akan turut serta iaitu peningkatan 25 peratus daripada Lima sebelum ini.

“Kehadiran pesawat luar negara pula meningkat dua kali ganda iaitu dari 11 kepada 26 buah, manakala lawatan kapal perang tentera laut bertambah dari 10 kepada 12 buah,” katanya.

image.jpg

sumber
 
cabar juga pembangkang meninjau projek lembu 240juta
 
Bg tgk yg mgkin bgs, yg tk blh selam letak bawah carpet? huhu
 
aku nak naik jugak ... nak tgk dasar laut di perairan langkawi dan selat melaka ... depa ni bawa pi round round tak or just lepak tgk dgn kapal selam tu tak bergerak .... teringin aku nak naik ...
 
seorang boleh mencerita mcm mcm...yang pasti kena tunggu berapa lama dia boleh menyelam...setakat turun naik...hahaha...baik toksah...
 
aritu kapal ni berat dia kurang sbb tu tak leh selam kot, ni mungkin dah tambah besi..dah boleh selam lah tu. hehe
 
aku nak naik jugak ... nak tgk dasar laut di perairan langkawi dan selat melaka ... depa ni bawa pi round round tak or just lepak tgk dgn kapal selam tu tak bergerak .... teringin aku nak naik ...

jgn bro
nnt ko lak yg xtimbul2
kene campak luar ikut tgkap kapal selam
 
seorang boleh mencerita mcm mcm...yang pasti kena tunggu berapa lama dia boleh menyelam...setakat turun naik...hahaha...baik toksah...

bawak bik mama kompom tenggelam
 
Back
Top
Log in Register