BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cabar mencabar berakhir dengan maut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
gadoh.png.transformed.jpg


Miri: Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun maut dibelasah dua lelaki dalam kejadian di rumah mangsa di Kampung Lusut Jaya 1, Taman Tunku, Miri, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pada 10 malam itu, mangsa bersama isterinya didatangi dua lelaki berusia 30-an yang memyerang dan memukul mangsa dengan batang penyapu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, isteri mangsa yang ketakutan melarikan diri bagi mendapatkan bantuan.
"Ketika pulang semula ke rumah, isterinya mendapati suaminya itu dalam keadaan berlumuran darah dan sudah meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan suspek.
"Kemudian berlaku cabar mencabar mengakibatkan mangsa maut dibelasah," katanya.

Katanya, sejurus menerima laporan, dua suspek berkenaan dan lima lagi lelaki ditahan.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.



sumber:http://www.hmetro.com.my/node/54530
 
Ini kerana gaya minum alkohol diorg tu. Dah mabuk, buat kacau lagi. Segelintir la cmtu, ada yg ok sangat ok.
 
biasa la tu. pesta gawai. kat sabah ni pesta kaamatan. memang pesta mabuk2. kejadian macam ni memang dijangka.

tu le pasal..minum tuak macm minum air mineral je aku tgk..:)) steady
 
Back
Top
Log in Register