MATA kanan Nur Natashah buta akibat bisul.
GOMBAK – Seorang kanak-
kanak, Putri Nur Natashah
Mirsha Muhammad Amin, 6, yang
pada mulanya hanya didakwa
mengalami bengkak akibat
gigitan nyamuk mengalami nasib malang apabila mata kanannya
kini buta.
Ibu kanak-kanak itu, Nurul Huda
Ahmad, 28, berkata, keadaan
bengkak pada mata Nur
Natashah pada mulanya dikesan
ketika dia berusia dua tahun tiga
bulan iaitu pada tahun 2008.
Selepas bengkak tersebut
semakin membesar, anaknya
dibawa ke Hospital Selayang
pada 12 Mac 2008 untuk
menjalani rawatan namun,
Bahagian Kecemasan di hospital tersebut memberitahu, bengkak
yang berlaku berpunca daripada
kesan gigitan nyamuk.
“Mereka kata tiada apa yang
harus dirisaukan walaupun ketika
itu anak saya meronta-ronta
kesakitan,” ujarnya kepada
Kosmo! di rumahnya di Selayang
Baru di sini semalam.
Bagaimanapun, pada petang hari
yang sama, Nurul Huda datang
semula ke Hospital Selayang
membawa anaknya kesakitan
tetapi dia masih dimaklumkan
perkara yang sama.
“Tidak puas hati dengan alasan
gigitan nyamuk yang diberi
doktor di Hospital Selayang saya
kemudian membawa anak saya
ke sebuah klinik di Selayang dua
hari kemudian dan doktor di klinik itu mengesahkan bahawa ia
bisul dan memberi surat rujukan
ke Hospital Selayang untuk
membuat pembedahan membuang
nanah,” ujarnya.
Menurut Nurul Huda, ketika itu,
mata anaknya sudah tersembul
keluar dan keadaan di sekeliling
matanya juga membengkak.
