BTC USD 83,395.3 Gold USD 4,176.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Busana Melayu di Era Silam

Baju Melayu Melaka

Pakaian tradisional wanita Melayu Melaka pula selesa mengenakan baju kurung dengan mempunyai hiasan dada bercorak di bahagian bahu, manakala lelakinya mengenakan jaket di bahagian luar selain baju melayu.

p-melaka.jpg
 
Last edited:
Baju Melayu Kelantan

Kelantan yang mendapat jolokan sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang mendapat pengaruh Siam terhadap pakaian tradisionalnya. Pakaian wanitanya mirip kepada pakaian wanita Siam dalam persembahan Makyong di mana mereka akan mengenakan mahkota dan tali pinggang besar (pending) di samping selendang yang besar. Pakaian lelakinya pula akan mengenakan jaket di luar.

  1. Lelaki = Baju Melayu Cekak Musang (pakaian petani rakyat Kelantan).
  2. Wanita = Kebaya Kota Bharu.
  3. Lelaki = Baju Melayu Teluk Belanga (pakaian petani rakyat Kelantan).
  4. Wanita = Kebaya Kota Bharu.
  5. Lelaki = Baju Sikap atau Baju Putera Raja (pakaian kerabat diraja Kelantan).
  6. Wanita = Busana Cik Siti Wan Kembang Berkemban Jantan (pakaian kerabat diraja Kelantan).
  7. Lelaki = Baju Sikap Kelantan.
  8. Wanita = Busana Cik Siti Wan Kembang (biasa).

p-kelantan.jpg
 
Last edited:
Baju Etnik Siam Kelantan

Di Kelantan juga mempunyai ramai masyarakat Siam terutama sekali di daerah Tumpat. Masyarakat Siam ini yang berasal dari Thailand dan kebanyakannya beragama Buddha namun berasimilasi dengan budaya Melayu seperti dalam aspek makanan dan kehidupan seharian. Pakaian tradisional mereka mirip kepada masyarakat di Thailand.

p-siam.jpg
 
Baju Melayu Terengganu

Pakaian tradisional orang Melayu Terengganu yang biasa dikenakan oleh masyarakat sekarang dengan baju kurung teluk belanga dan lelakinya baju melayu teluk belanga.

p-tganu.jpg
 
Baju Melayu Pahang

Bagi negeri Pahang pula, potongan baju kurung wanitanya berpesak dengan potongan kembang di bawah tanpa berkekek, dan dipadankan dengan kain selisih. Namun ada juga yang memadankannya dengan kain susun di tepi. Ia juga dikenali sebagai Baju Riau Pahang kerana pengaruh kerajaan Melayu Riau yang pernah datang ke situ. Lelakinya mengenakan baju melayu cekak musang.

p-pahang.jpg
 
Baju Melayu Perlis

Bagi negeri Perlis pula, pakaian wanitanya terkenal dengan kebayanya, dan lelaki pula mengenakan baju melayu yang berjaket di luar.

p-perlis.jpg
 
Baju Etnik Serani Portugis Kristang Melaka

Di Melaka juga mempunyai masyarakat Portugis akibat tinggalan penjajah Portugis di Melaka pada kurun ke-16. Pakaian tradisional wanitanya adalah gaun yang berlengan besar dan lelakinya mengenakan baju sut sama seperti di Barat.

p-portugis.jpg
 
Pakaian Tradisi Etnik Cina Malaysia

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

Wanita berketurunan Cina akan memakai cheong sam. Ia biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen moden ala Barat. Cheong sam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan ‘cheong sam’ dalam dialek kantonis bermaksud ‘baju labuh’. Cheong sam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negara China pada tahun 1911. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheong sam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

Samfoo membawa maksud ‘baju dan seluar’ dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari ‘cheong sam’. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

p-cina2.jpg


p-cina1.jpg
 
Pakaian Tradisi Etnik India Malaysia

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya dalam kalangan Hindu-Sri Lanka-Tamil juga keturunan Punjabi-Sikh. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.

Pada hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh ‘Ihenga’ juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

p-india.jpg


p-india1.jpg
 
Back
Top
Log in Register