BTC USD 84,253.9 Gold USD 4,157.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Busana Melayu di Era Silam

bagaimana pulak dengan pakaian perang zaman dahulu??

rasa mereka pakai baju besi sebab nak kurang cedera dari kesan tembakan senapang.

the_queen_of_langkasuka.jpg


== daripada cerita yg berlatarbelakang zaman sewaktu dengan melaka
 
Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adab)

zybn9h.jpg


1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer).. Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja..

2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).. Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak..

3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju sikap ini..

4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan.. puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja.. Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana.. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’ lipatan.. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya..

5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘ teluk belanga ’.. Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja..

6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu.. golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya ‘Gunting Aceh’ yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘Gunting Cina’..

7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana.. di luar istana pula adalah ‘optional’.. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di selit ke dalam kain).. Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat.. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:

a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)

Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat cara ia berpakaian.

Credit : Muhammad Farul Azri Kuala Lumpur

Pautan: http://blog.farulazri.com/
 
Tengkolok warisan Melayu

Oleh mariatul qatiah zakaria
[email protected]


11hw7m1.jpg

TEKNIK lipatan dan membentuk tengkolok di lakukan dengan cermat.

TENGKOLOK, tanjak, atau destar, biar apapun nama yang diberi, ketiga-tiganya merujuk kepada kain ikat kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki.

Merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu sejak berkurun la.manya, tengkolok adalah warisan yang mencerminkan simbol kemuliaan dan masih diguna pakai sehingga hari ini.

Walaupun ia bukanlah aksesori yang dipakai secara harian oleh golongan lelaki Melayu hari ini, tetapi ia masih mempunyai kedudukan yang tinggi terutamanya dalam adat istiadat diraja.

Lazimnya, tengkolok dipakai bersama baju Melayu yang dilengkapi kain samping, keris, dan capal, malah aksesori kepala ini juga dipakai mengikut aturannya sendiri.

Jika dahulu tengkolok digunakan sebagai senjata dan alat pelindung diri bagi kebanyakan orang (untuk melibas bagi mengelak hunusan senjata ketika bertarung), hari ini selain dipakai dalam majlis-majlis rasmi atau kebesaran, ia juga dipakai sebagai perhiasan dalam busana pengantin.

Uniknya, seni pembuatan tengkolok dari setiap negeri adalah berbeza dan ia mempunyai nama-nama khas bagi membezakan setiap rekaan.

Malah ketika bertemu dengan pembuat tengkolok di ibu kota baru-baru ini, ternyata terlalu banyak informasi yang tidak diketahui berkaitan dengan tengkolok.

Tidak hanya mempunyai pelbagai reka bentuk, tengkolok yang dihasilkan turut mempunyai nama masing-masing mengikut negeri.

Menurut Kasman Yahya, 53, tidak semua orang, malah sekarang tidak ramai yang boleh membuat tengkolok, kerana ia memerlukan kemahiran walaupun pada dasarnya dilihat begitu mudah untuk membentuknya.

Tambahnya, tanpa kemahiran, tengkolok yang ingin dihasilkan tidak akan menjadi.

Untuk menghasilkan satu-satu tengkolok bukanlah tugasan mudah kerana kemahiran amat diperlukan untuk membentuk jenis-jenisnya.

Penghasilannya juga perlulah dilakukan secara berhati-hati kerana tengkolok mempunyai seninya tersendiri dan setiap pembuatannya perlu menitikberatkan beberapa syarat.

Antaranya, sebelah belakang tengkolok mestilah mempunyai secebis kain yang tegak atau disimpul ke atas.

Apa yang pasti, hari ini tidak ramai generasi muda yang tahu mengubah tengkolok apatah lagi untuk mempelajari membuatnya," ujar Kasman ketika ditemui di kedai jahitnya, Kas Tailor yang terletak di Wisma Yakin, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai cara gubahannya, jelas Kasman, ia bukanlah sekadar lipatan dan seni mengikat tanjak atau tengkolok juga tidak dilakukan sembarangan, sebaliknya turut dihasilkan mengikut kesesuaian sifat si pemakai.

Katanya, kebiasaannya, tengkolok digubah berdasarkan empat prinsip utama iaitu duka, tegas, megah, dan garang.

Malah terdapat juga gubahan yang direka untuk menaikkan watak berdasarkan permintaan si pemakai.

Menurut Kasman, proses pembuatan tengkolok ini sebenarnya mengambil masa sekurang-kurangnya satu hari untuk disiapkan dengan sempurna.

Bagaimanapun, sekiranya ada berlaku peristiwa-peristiwa tertentu seperti kemangkatan kerabat diraja, pihaknya berupaya menyiapkan tengkolok dalam masa kurang 24 jam.

Berbicara lebih lanjut mengenai penglibatannya dalam pembuatan tengkolok ini, tutur bapa kepada tujuh orang cahaya mata ini, dia mempelajarinya daripada bapa saudara yang juga merupakan seorang pembuat tengkolok.

Begitupun katanya, bukan mudah untuk belajar kerana tidak semua ilmu diperturunkan kepadanya.

Namun, dek kerana minat yang mendalam, dia curi-curi melihat bagaimana bapa saudaranya membuat tengkolok dan kadang kala belajar sendiri dengan membuka satu persatu ikatan yang telah terhasil lalu melipatnya semula sehingga mahir.

Lebih daripada 30 tahun berkecimpung dalam bidang itu, Kasman turut mendedahkan mood turut memainkan peranan penting dalam penggubahan tengkolok kerana ia akan menjadikannya lebih fokus.

Bercakap pula mengenai jenis fabrik yang digunakan, Kasman berkata, kebiasaannya ia dibuat daripada kain songket tetapi pada dasarnya apa juga jenis kain boleh digunakan.

Sebenarnya tengkolok yang dihasilkan lebih cantik sekiranya daripada songket, tetapi terserah kepada si pemakai untuk menggunakan fabrik jenis apa.

Malah tengkolok hari ini boleh dihasilkan mengikut reka bentuk serta cita rasa si pemakai itu sendiri dan ia boleh dipelbagaikan berdasarkan kreativiti," katanya lagi.

Menggunakan kain bersaiz 32 x 32 inci, Kasman menambah, kain tersebut akan dialas terlebih dahulu dengan kertas coklat sebelum ia dilipat menjadi bentuk segi tiga.

Penggunaan kertas coklat bertujuan sebagai alat sokongan supaya lipatan tengkolok ini menjadi lebih kukuh.

Seterusnya kain yang berbentuk segi tiga ini akan dijahit tepi sebelum ia digubah menjadi tengkolok.

Menghasilkan sehingga 20 tengkolok setiap bulan, Kasman berkata, harga satu-satu tengkolok mampu mencecah hingga ribuan ringgit dan ia bergantung kepada kualiti kain songket yang dipilih.

Mengikut kepercayaan, rekaan tengkolok biasanya berkait rapat dengan status si pemakai dan rakyat tidak boleh memakai bentuk tengkolok yang sama dengan bentuk tengkolok raja atau sultan.

Mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, usaha-usaha mempergiat seni pembuatan alat tradisional sebegini perlu diperluas agar warisan bernilai ini tidak hilang ditelan zaman.

© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Che Siti Wan Kembang I dan Che Siti Wan Kembang II, Pengasas dan Pemerintah Terakhir Kerajaan Sekebun Bunga / Kisaran Payung

2hrpts5.jpg


Credit : Dani Warguide & Minos HalfBlack
 
Last edited:
Che Siti Wan Kembang I (Adruja Wijaya Mala Singa / Dewi Urduja) Grahi

25q5hsy.jpg


Credit : Dani Warguide & Minos HalfBlack
 
Che Siti Wan Kembang II (Puteri Sa'adong / Puteri Mariam) Gunung Chinta Wangsa

2gvmo46.jpg


ogiat2.jpg


Credit : Dani Warguide & Minos HalfBlack
 
bagaimana pulak dengan pakaian perang zaman dahulu??

rasa mereka pakai baju besi sebab nak kurang cedera dari kesan tembakan senapang.

the_queen_of_langkasuka.jpg


== daripada cerita yg berlatarbelakang zaman sewaktu dengan melaka

Baju Zirah Melayu Semenanjung (Peninsula Malay Armor)

aufdko.jpg
 
Back
Top
Log in Register