BTC USD 84,092.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Busana Melayu di Era Silam

Megat Mansur & Encik Kamar (Duta Johor Ke Belanda (1604)

Artwork : Cat Zulia / Rara Avis

b3sdn6.jpg


23hrlso.jpg
 

Attachments

Sang Purba, Sang Nila Utama & Parameswara

Artwork : Fythullah Hamzah (Kromosom)

Sang Sapurba : Sang Sapurba (Sri Nila Pahlawan). Beliau dikisahkan datang dari negeri yang jauh, yang kemudian diangkat menjadi pemimpin setelah menewaskan Saktimuna menggunakan pedang Cura simanjakini

Sang Nila Utama : Sang Nila Utama memburu ke Singapura di pukul ribut dan terpaksa membuang mahkotanya kedalam laut. Baginda ialah anak kepada pasangan Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (anak kepada Demang Lebar Daun)

Parameswara : pengasas kerajaan Melaka, suatu nama besar dalam hal politik orang Melayu. Putera itu datang secara terus dari Palembang dan berasal daripada keturunan ‘orang ternama’ (raja).


23hodp3.jpg
 
Merong Mahawangsa

Artwork : Fythullah Hamzah (Kromosom)

"Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah ialah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa.

Hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Beliau membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Beliau pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya. Langkasuka ditukar namanya kepada Kedah Zamin Turan.

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di Langkasuka yang juga pengasas kepada kerajaan Kedah Tua bermula di sekitar Lembah Bujang. Antara mereka juga merupakan pengasas kepada Kerajaan Siam, Gangga Negara dan negeri Patani, Selatan Siam (Thailand)."


24cxlhe.jpg
 
Tanjak pelengkap gaya majlis santai

Bagaikan pahlawan di zaman silam. Penggunaan tanjak yang suatu ketika dulu dipakai kebanyakan masyarakat Melayu, kini sudah tidak asing digayakan.

Hiasan kepala pelbagai ikatan dan material juga sudah tidak janggal, digayakan lelaki dan nampak sesuai dipadankan dengan kemeja-T atau seluar jeans.

Lantas, hari ini trend anak muda mencuba sesuatu yang baharu semakin popular menonjolkan kreativiti mereka dengan penampilan kemas dan tampan umpama pahlawan dan hulubalang zaman silam.

Malah, tidak kurang juga yang dipakai secara kasual menggantikan songkok atau topi sebagai pelengkap gaya.

Pemilihan fabrik seperti songket dan batik pelbagai motif, corak dan pelbagai rona dan sesetengahnya polos menjadikan ia amat menarik dan tidak segan dipakai.

08tanj2_1562560151.jpg


Pakar Busana Tradisional Malaysia, Zubaidah Sual, berkata tanjak atau tengkolok salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.

Biasanya ia akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu bagi pakaian lelaki Melayu.

“Tanjak diciptak pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman sebelum itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat pada kepala memadai agar kelihatan kemas.

“Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diinovasi. Tanjak dahulunya lambang status seseorang dan sebahagian pakaian raja atau sultan,” katanya.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Khairil Safii, 32, berkata beliau memakai tanjak sejak Syawal lalu dan mendapat galakkan dari isterinya, Nurul Hasmira Shukor.

“Pada Syawal lalu, saya dan anak lelaki menggayakan tanjak sebagai pengganti songkok. Budaya pemakaian tanjak ini mempamerkan identiti Melayu dan saya mahu perkenalkan keistimewaannya kepada anak,” katanya.

Beliau berkata, selain memakai tanjak bersama busana Melayu, turut memakai tanjak bersama kemeja batik dan akan dijadikan trend pemakaian untuk majlis formal dan santai kerana bukan saja menzahirkan budaya Melayu menerusi busana tetapi menampilkan imej lebih segar.
 
INFO TANJAK

08tanjak2_1562560144.jpg


  • Tanjak yang bermaksud tanah yang dipijak ialah hiasan kepala menggunakan bahan daripada kain dan wajib mempunyai bahagian simpul, tapak, bengkung dan karangan dalam proses penghasilannya,
  • Satu ketika dulu, kita hanya dapat melihat pemakaian tanjak, tengkolok atau destar ini pada majlis istiadat raja Melayu, pementasan teater mahupun majlis perkahwinan raja sehari, kini dijadikan fesyen bagi golongan lelaki.
  • Tanjak pada zaman Melaka dibuat daripada sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak daripada kain biasa.
  • Rekaan tanjak biasanya berkait rapat dengan status si pemakai.
  • Apa yang dipakai oleh rakyat biasa berbentuk simpulan dan diubahsuai dari rekaan asal yang dipakai oleh raja.
  • Rakyat tidak boleh memakai bentuk tanjak yang sama dengan bentuk tanjak raja atau sultan.
  • Tengkolok sering digunakan oleh pengantin lelaki semasa bertandang dan bersanding di atas pelamin pada hari pertama istiadat perkahwinan berlangsung.
  • Kebanyakan tanjak dibuat daripada kain songket.
  • Untuk membuatnya, kain songket bersaiz 31 x 31 diambil dan dilipat dua kepada bentuk tiga segi bersama kertas keras, sebelum digosok dan dijahit.
  • Untuk membuat bentuk tertentu, kertas keras, dawai atau lidi akan dimasukkan bersama lipatan supaya tanjak terbentuk keras dan cantik pada segi tertentu.
  • Bentuk kainnya wajib empat segi yang dilipat menjadi tiga segi sebagai simbol gunung.
 
Dari start muktamar PAS bertanjak dan berbusana Melayu sampai kehari ni, tetiba jadi trend lelaki melayu Malaysia selamba pakai tanjak kat mana mana. Ramai dah aku jumpa instead pakai cap diorang pakai tanjak, baju T-shirt. 😁
 
Tengkolok Orang Kebanyakan



Tengkolok-Orang-Kebanyakan-Bising-MTV-Dokumentari-Destar-Alam-Melayu-2022-01.jpg


Tengkolok-Orang-Kebanyakan-Bising-MTV-Dokumentari-Destar-Alam-Melayu-2022-02.jpg


Tengkolok-Orang-Kebanyakan-Bising-MTV-Dokumentari-Destar-Alam-Melayu-2022-03.jpg




Sumber : BisingMTV - Dokumentari Destar Alam Melayu (2022)


 
Back
Top
Log in Register