balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
LAHTIEPAH menunjukkan jeriji besi tingkap rumahnya yang dipotong pencuri yang memecah masuk rumahnya di Kampung Perak, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah semalam. Gambar kecil ialah contoh burung Merbau Jambul.
SUNGAI PETANI – Seorang warga emas wanita kerugian RM54,000 termasuk dua ekor burung merbah jambul peliharaannya berharga RM4,000 selepas kediamannya di Kampung Perak, Bukit Selambau di sini dipecah masuk oleh lima penjenayah semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika mangsa, Lathiepah Omar, 61, dan anaknya, Munir Mansod, 27, sedang tidur di ruang tamu rumah tersebut.
Lathiepah berkata, dia yang kurang sihat dan terjaga daripada tidur selepas mengalami sesak nafas terkejut melihat kelibat beberapa lelaki bertopeng sedang berjalan di dalam rumah.
“Saya mahu menjerit mengejutkan anak, tetapi suara tidak keluar. Penjenayah terbabit tiba-tiba menerpa ke arah kami dan menyuruh kami diam.
“Mereka kemudian mengikat kami dengan kain dan tali kasut sebelum menggeledah seluruh rumah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm