BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Burung Garuda

darkkiller

Super Active Member
gem
Messages
8,311
Joined
Jun 1, 2007
Messages
8,311
Reaction score
574
Points
111
Salam,
Aku ada tugasan untuk mengkaji adakah Burung Garuda itu wujud ke tidak wujud..daripada pengetahuan anda burung garuda ini adakah burng yang sudah pupus,mistik,memang wujud atau rekaan semata-mata.

terima kasih
 
Salam,
Aku ada tugasan untuk mengkaji adakah Burung Garuda itu wujud ke tidak wujud..daripada pengetahuan anda burung garuda ini adakah burng yang sudah pupus,mistik,memang wujud atau rekaan semata-mata.

terima kasih

:-?:-?:-? rasa macam ku penah dengar burung tuh :D
 
ngikut aper yg aku bace + phm..burung garuda nie mitos kisah seekor burung yg kejadiannyer separuh manusia & separuh burung #:-S

p/s: skrng ader garuda yg kejadiannyer sepenuhnyer kapal terbang..x de separuh separuh :">:p
 
heheh macam-macam,aku pun tak tahu burung ni memang wujud ke tak

baca cerite dongeng ni

Mitos
Cerita Dongeng Burung Garuda


Mengikut cerita dongeng dalam Hikayat Merong Mahawangsa atau "Sejarah Kedah" dimulai dengan taufan yang membubarkan angkatan laut yang mengiring anak Raja Rom dalam pelayarannya ke Benua Cina disebabkan oleh seekor burung garuda (dewa Hindu, sebahagian manusia dan sebahagian burung).
Burung garuda ini kononnya duduk berseorangan di Pulau Langkawi selepas peperangan Pyrhic di antara Sri Rama Vishnu dengan Hanuman (dewa Monyet) yang telah membinasakan pulau itu.
Pada suatu hari datanglah seekor burung rajawali berjumpa burung garuda itu dan memberi perkhabaran kata anak Raja Rom sedang bersiap hendak berangkat ke Benua Cina dan di sana, ia akan berkahwin dengan seorang puteri Raja Cina. la mendapat perkhabaran ini dari seekor burung kakak tua yang menyatakan juga angkatan Raja Rom sangat besar untuk mengiring bakal pengantin itu.
Maka, apabila burung garuda mendengar cerita, itu ia berazam hendak menahan perkahwinan itu daripada terjadi, tetapi sebelum ia berbuat demikian, ia hendak pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman terlebih dahulu.
Semasa menghadap Nabi Allah Sulaiman, burung garuda memaklumkan kepada baginda akan perkahwinan itu tidak harus terjadi kerana kedua-dua anak Raja itu tinggal berjauhan.
Nabi Allah Sulaiman bersabda jika sudah ada jodoh pertemuan di antara ke¬duanya tiada sesiapa dalam dunia ini berkuasa boleh menahannya.
Burung garuda itu menjawab ia hendak menahan perkahwinan itu daripada berlaku. Jika tidak berjaya, ia akan berundur dari dunia ini.
Burung garuda itu pun bermohon lalu terbang ke Benua Cina dan berjanji akan balik menghadap menceritakan kesudahannya. Sesampainya di Benua Cina, ia pun menyambar Puteri Raja Cina itu dengan kukunya bersama dengan dayang dan kundangnya lalu diterbangkan ke Pulau Langkawi. Di sini, puteri dengan dayang dan kundangnya diletakkan dalam sebuah mahligai.
Sementara itu, angkatan laut anak Raja Rom pun berlayar di bawah perintah Raja Merong Mahawangsa. Ayah Merong Mahawangsa ini ialah keturunan indera-¬indera dan bondanya berasal dari dewa-dewa raksasa.
Selepas angkatan laut itu bertolak, garuda itu pun datang menyerang. Setiap kali ia cuba hendak membinasakan kapal-kapal angkatan itu, Merong Mahawangsa menukar anak panahnya menjadi jentayu menangkisnya. Tetapi pada masa kapal Merong Mahawangsa singgah di suatu pulau kerana hendak mengambil bekalan air dan berpisah dengan kapal-kapal yang lain, burung garuda itu telah berjaya di atas cita-citanya. Ia telah menenggelamkan semua kapal-kapal dan boleh dikatakan semua anak-anak kapal telah mati lemas.
Burung garuda itu menyangka anak Raja Rom pun telah mati lemas juga tetapi ia tidak tahu bahawa anak Raja itu dapat menyelamatkan dirinya dengan bergantung pada sekeping papan dan hanyut dibawa arus ke pantai Pulau Lang¬kawi.
Di pulau itu, ia telah berjumpa dengan dayang dan kundang Puteri Raja Cina itu dan dibawa menghadapnya. Burung garuda itu tidak tahu tentang hal ini kerana dirahsiakan dan anak Raja Rom itu bersembunyi di dalam sebuah gua.
Kerana yakin bahawa anak Raja Rom itu telah terkorban, burung garuda pun terbang pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman sembah maklum dengan takburnya mengatakan ia telah menangkap Puteri Raja Cina, dayang dan kundangnya dan telah memusnahkan angkatan laut Raja Rom dan membunuh anak Raja Rom.
Apabila Nabi Allah Sulaiman mendengar percakapan takbur burung garuda itu, ia pun menitahkan Raja Jin yang bernama Harman Shah, menghantarkan wazirnya dengan seratus orang jin membawa Puteri Raja Cina dan anak Raja Rom serta dayang dan kundang masuk menghadap. Wazir itu pun menyembah dan membawa balik keempat-empat orang itu.
Maka, kerana malu di atas kegagalannya menahan perkahwinan itu, burung garuda pun terbang berundur dari dunia membuang diri.
Nabi Allah Sulaiman pun memerintahkan Harman Shah membawa kedua-dua putera dan puteri ke Benua Cina dan dikahwinkan mengikut adat istiadat anak Raja-raja.
Raja Merong Mahawangsa yang telah menyangka anak Raja Rom itu telah hilang, belayar masuk ke Kuala Merbok dan menurut sejarah Kedah, ia telah dilantik menjadi Raja Kedah yang pertama.
 
hikayat burung garuda ni dalam dongeng hindu atau budha??
 
kalau ikut wikipedia Burung ni ada dalam kedua-dua fahaman ni..kira dalam wikipedia burung dikategorikan dalam golongan burung-burung mitos je
 
Kalau la burung ni wujud, kenapa manusia xprnh jumpa tulang dia??
 
ada yang pendapat mengatakan burung garuda ini adalah sejenis jin yang sepertimana yang kita tau jin ada yang berbentuk berjalan dengan kaki empat ada yang melata seperti ular ada yang ada yang terbang di atas udara jadi tak mustahillah jika ia wujud namun kewujudannya sebagai jin sahaja

sebenarnya jin pun hidup berbangsa bangsa seperti manusia terdiri dari cina melayu india dan lain lain

begitu juga dengan bangsa jin ada yang terdiri dari hantu galah pontianak toyol hantu ribut di rusia hantu awan juga di rusia dan banyak lagi jenis jin diseluruh dunia ini yang mana manusia sendiri yang memberikan nama jin ini

kita lihat satu binatang yang di beri nama naga dalam kebanyakan bahasa dunia naga ini ada berbagai nama contohnya cina di gelar leng melayu/jawa naga/nogo dan inggeris pula di gelar dragon jika binatang ini dikatan mitos takkan semua bangsa ini mempunyai mitos yang sama berkenaan naga

di mana sering di gambarkan naga ini adalah ular yang panjang dengan mempunyai rupa yang amat dahsyat dan sering di kaitkan dengan kepercayaan spiritual bukankah ini lebih menghampiri kepada unsur unsur jin

pernahkah manusia berjumpa dengan tulang naga atau garuda sudah tentulah tidak kerana ia mungkin binatang mitos atau ia adalah dari golongan jin kerana belum ada lagi manusia yang pernah berjumpa dengan tulang jin

sedangkan ufo yang separuh orang mengatakan jin pun bangkai piring terbang mereka pun tidak pernah ditemui jadi fikir fikirkanlah kemungkinan garuda ini adalah jin mitos atau makhluk asing yang telah datang kebumi

jika nak di nyatakan mitos mungkin juga sebab hanya bangsa tanah jawi sahaja yang mengenali binatang ini dan saya tidak pernah lagi mendengar garuda ini dalam mitos bangsa lain untuk menguatkan lagi binatang ini hanya tersebut dalam mitos dahulukala kalau adapun mungkin burung phoneix itupun burung ini tidak boleh dikatakan sebagai dan memiliki ciri ciri garuda sehingga sukar untuk mengaitkan binatang ini sebagai jin seperti naga

jika nak di nyatakan jin mungkin juga sebab ada setengah jin bergerak dengan cara terbang di udara dan memiliki sayap dan ada separuh berupa burung dan ular namun rupanya sangat lah menggerunkan

dan jika nak di anggap makhluk asing walau pendapat ini sangat lemah mungkin juga disebabkan makhluk asing mempunyai kelebihan yang luarbiasa dan dapat menyembunyikan kewujudan mereka selepas mereka mati

tapi yang pastinya garuda bukan lah sejenis dinosaur kerana tidak pernah ditemui tulang binatang tersebut untuk membuktikan kewujudannya
 
aku dah lebih cenderung garuda ni kearah mitos..tapi cari-cari di internet,terjumpa plak gambar ni

adakah ini burung garuda?
garuda-afrika.jpg


pautan: http://mydear09.wordpress.com/2008/02/
 
Back
Top
Log in Register