BTC USD 43,937.3 Gold USD 1,763.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BURUNG ANKA

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
FB_IMG_1627227823062.jpg
FB_IMG_1627227825414.jpg

FB_IMG_1627227827725.jpg


SIRI ALAM GHAIB: BURUNG ANKA

Burung Anka merupakan spesis burung yang sangat misteri dan hidup di atas puncak gunung. Di dalam mitologi Greek, burung Anka dikenali sebagai Griffin atau disebut sebagai Griffon dan Gryphon. Burung Anka mempunyai fizikal yang sangat unik di mana ia memiliki badan singa kepala burung. Burung ini merupakan spesis yang setia kepada pasangannya . Jika pasangannya mati ia akan meneruskan hidup tanpa mencari pasangan baru.

Burung ini mempunyai kekuatan yang sangat luarbiasa disamping bijak dan misteri. Populasi burung ini tidak banyak dan kebanyakkan menjadi kenderaan bagi raja-raja dewa dalam siri peperangan. Makanan utama yang selalu disasarkan oleh burung ini ialah kuda. Mana-mana kuda yang terserempak dengannya akan menjadi makanan burung tersebut.

Burung ini membina sarang di sekitar harta karun atau emas dan secara langsung menjadi penunggu harta tersebut. Adapun lokasi sarangnya berada di Pergunungan Ripean (Pergunungan Ural), India. Ia akan menjaga sarangnya di setiap sudut agar tidak diganggu oleh makhluk lain. Yang selalu menyasarkan sarangnya adalah Naga. Sebab itu, burung Anka dan Naga merupakan seteru yang tidak dapat dielakkan.

Terdapat satu catatan bertulis yang mengatakan: "Terdapat (di India - ed.) Gunung emas, di mana mustahil untuk dijangkau kerana jarak dekat dengan Naga, Griffin dan orang dari spesies yang sangat mengerikan." Isidore dari Seville "Etimologi".

Selain Naga, musuh lain bagi burung ini ialah Bangsa Arimaspian, iaitu kaum manusia yang memiliki mata satu kerana kaum ini sering mencuri emas yang ada disarang burung tersebut. Herodotus menceritakan tentang Scythians dan Hyperborea " di atas Issedons hidup bangsa manusia bermata satu - Arimasps. Hidup di atas mereka burung nasar menjaga emas, dan di atas ini - " (IV, 13.)

Dikisahkan bahawa bangsa Arimasps bermata satu dipanggil kerana mereka tidak pernah tidur atau tidur di "separuh mata" dan mereka selalu berwaspada, membidik dengan satu mata tertutup, dan selalu siap menembak engan menggunakan busur. Bangsa Arimaspi merupakan penunggang kuda yang cekap. Walaupun begitu, burung Anka tetap dapat menyerang mereka, dan menyiksa kuda mereka lalu memakannya.

Selain dalam tamadun Greek, imej burung Anka terdapat di dalam tamadun Scythian, India, Mesir, Babylon dan di beberapa tempat lainnya. Burung ini dijadikan simbol kekuasaan kerajaan dalam semua budaya kuno. Di dalam perubatan kuno, kaki burung Anka dikatakan bermanfaat dalam bidang perubatan dan sehelai bulunya sahaja mampu mengembalikan penglihatan orang yang buta.

Selain muncul di dalam tamadun bangsa kuno, burung Anka juga memunculkan dirinya pada zaman Nabi Hanzalah bin Nabi Shafwan al-Absi. Oleh kerana kisah kehidupan burung ini terbatas, maka ia dianggap mitos bagi sesetengah masyarakat. Masyarakat kuno menjadikan burung ini sebagai ikon lambang kekuatan dan melakarkannya di setiap kota dan tersemat di dalam sanubari setiap bangsa. Kerana kewujudannya lah maka imej dibentuk untuk tatapan generasi akan datang bagi menyatakan kewujudannya.

#MAMR
 

CG Sponsors




Top
Log in Register