BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bursa Dan Si Portal.com Lancar Khidmat Info Baru

wangcuma

Fun Poster
Messages
434
Joined
Jun 23, 2006
Messages
434
Reaction score
19
Points
15
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Bursa Malaysia Bhd, Bursa Malaysia Information Sdn Bhd dan SI Portal.com Sdn Bhd hari ini melancarkan perkhidmatan maklumat saham berasaskan jaringan digelar Bursa Station Basic.

Produk tahap kemasukan itu yang merangkumi harga saham secara semasa, data fundamental dan Berita Bursa disasarkan khusus kepada para pelabur runcit.

Bursa Station Basic adalah juga sejajar dengan usaha promosi terhadap pelabur runcit bursa itu yang bermula pada 29 Ogos lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Yusli Mohamed Yusoff dalam satu kenyataan.

"Kami mencari pelbagai cara secara berterusan untuk meningkatkan pendidikan pelabur supaya mereka membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat."

Perkhidmatan baru itu, yang disediakan secara mesra pengguna, akan menjadi alat perdagangan dengan analisis pasarannya yang tepat masa bagi para pelabur.

Sebelum itu, Bursa Malaysia Information dan SI Portal melancarkan Bursa Station Professional pada April tahun lepas yang ditujukan kepada para pelabur, remisier dan institusi kewangan yang sofistikated.

Kempen promosi bagi Bursa Station Basic yang berlangsung hingga 31 Dis, menawarkan para pengguna peluang untuk menyertai secara percubaan selama seminggu. Secara alternatif, para pengguna boleh melanggani produk itu pada kadar hanya RM20 sebulan dalam tempoh itu.- BERNAMA

berminat tapi tak berapa arif... ada otai yang boleh beri tunjuk ajar tak...
 
hmm..dia ada dua package kalo tak salah aku..
Basic Package dan Profesional package..
Basic packaga tak mahal sangat di punya fee dlm RM 240 utk 12 bulan langganan..
yang professional package pulak mahal sikit..lebih kurang RM 1,388 utk 12 bulan langganan..
nie link dia
http://www.bursastation.com/users/register.pl
 
Memang tak reti

Tak tahulah, aku memang jahil bidang nie...siapa terror atau terrorist, boleh tolong terangkan.
 
Back
Top
Log in Register