kopirait
CG Top Poster Club

- Messages
- 49,280
- Joined
- Apr 18, 2010
- Messages
- 49,280
- Reaction score
- 5,428
- Points
- 486
Marang: Idea gila dua sahabat mencipta burger sotong memberi pulangan lumayan kepada mereka apabila hidangan istimewa itu mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada pelanggan sejak diperkenalkan pada 31 Ogos tahun lalu.
Menu burger sotong itu tercetus selepas perniagaan burger ayam dan daging yang diusahakan Mohd Izham Fahmi Mohamad, 25, dari Kampung Bukit Payong, di sini dan Mohd Sharif Ngah, 22, dari Kampung Bukit Sawa, di sini kurang mendapat sambutan.
Mohd Izham berkata, dia dan rakannya hampir berputus asa untuk berniaga kerana perniagaan burger biasa yang dijalankan tidak mendapat sambutan seperti diharapkan berikutan terlalu banyak persaingan.
“Justeru, kami memberanikan diri mencipta burger sotong dan ternyata ia mendapat sambutan sangat menggalakkan apabila pada hari pertama menjual lebih 40 burger sotong yang berharga RM12 hingga RM17 sebungkus bergantung kepada saiz.
“Perniagaan burger sotong semakin mendapat sambutan selepas keunikannya itu menjadi tular di media sosial sehingga mencapai jualan tertinggi 60 biji pada September tahun lalu,” katanya ketika ditemui di gerainya dekat Jalan Padang Midin, di sini.
Beliau berkata, apabila burger sotongnya mula tular dan mendapat sambutan menggalakkan, ada peniaga lain cuba meniru dan menjual menu sama tetapi tidak bertahan lama.
“Tidak susah untuk menyediakan burger sotong kerana sotong hanya dipanggang sebelum disertakan dengan roti namun yang menjadikannya sedap dan menepati cita rasa pelanggan ialah sos lada hitam yang kami sediakan,” katanya.
Metro
Last edited: