BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Burger hitam Tanjung Malim

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
loveats1.transformed_0.jpg

loveats4.transformed_0.jpg


INFO: Dari Kuala Lumpur melalui lebuh raya PLUS dan susur keluar tol Tanjung Malim, Perak.

Dari Plaza Tol Tanjung Malim, ambil jalan utama (jalan persekutuan Ipoh -Kuala Lumpur) dan belok ke kiri menuju ke pekan
Tanjung Malim.

Restoran Loveats terletak kira-kira 300 meter dari lampu isyarat pertama Taman Universiti dan anda boleh belok ke kiri.

Hitam! Warna yang disifatkan mempunyai rasa dalaman disamping memberikan makna kejahatan, ngeri serta penuh kerahsiaan kepada sesuatu benda atau individu.

Namun tidak kepada makanan yang memberi makna 'sedap' yang sesuai diperkatakan terhadap burger hitam yang di gelar penduduk setempat dan penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim.

Apakah burger yang dikatakan berwarna hitam itu memang sedap?

Jadi, jom kita cuba dulu keenakan burger yang dicanang itu di di Restoran Gourment Burger Kitchen Loveats yang terletak di Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak.

Ia menjadi pilihan kepada pengembara atau mereka yang bercuti menggunakan laluan jalan biasa Ipoh ke Kuala Lumpur dan sebaliknya, lalu mahu mencari tempat makan yang agak unik serta istimewa di pekan kecil seperti Tanjung Malim.

Roti burger menggunakan serbuk arang buluh yang asalnya pernah popular di Jepun bukan saja lembut, bahkan keenakannya apabila digigit bersama daging panggang dan sayuran akan memberikan rasa sejati kepada burger ini.

Peminat burger boleh berkunjung ke restoran milik usahawan muda iaitu Fazlizam Abas, 33, untuk menikmati sendiri keenakan burger hitam ilham pemuda itu.


loveats3.transformed_0.jpg



Fazlizam ditemui wartawan BH Plus di Loveats tidak menyangka idea untuk memperkenalkan burger hitam dengan mempunyai tekstur luar biasa mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat makanan segera yang menginginkan kelainan.

Idea menjual menu burger hitam timbul apabila melihatkan fenomena burger terbabit yang semakin menular menjadi pilihan penduduk Jepun yang sememangnya kreatif dan inovatif semua aspek dalam kehidupan sosial serta makanannya.

"Roti burger hitam yang menggunakan serbuk arang buluh boleh dikatakan masih baharu di Malaysia dan tidak banyak usahawan berani mencuba menceburinya kerana bimbang risiko persaingan dari restoran makanan segera sedia ada.

"Hari ini burger semakin digemari ramai dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggemarnya yang semakin berani mencuba makanan baharu lagi unik," katanya yang turut membuat daging burger sendiri untuk memberikan kelainan berbanding burger tersedia di pasaran.

Restoran Loveats juga menyediakan tiga menu burger istimewa iaitu daging lembu, ayam, kambing dan sosej untuk pilihan pengunjung.

Menu paling mendapat sambutan ialah set Mutiara Hitam atau The Black Pearl, The Extraordinaire dan The Mysterios Fung manakala minuman berperisa sarsi menjadi pilihan utama pelanggan selain ada Manggo Fizz dan Strawberi Fizz Selain daging dan roti burger dibuat sendiri, sos cicah dan serbuk kentang goreng ciptaan Fazlizam mempunyai perisa berbeza dan tidak terdapat di restoran lain.


loveats2.transformed_0.jpg



Pelanggan juga boleh membuat pilihan sama ada makan di restoran atau membawa pulang dengan membuat tempahan atau menghubungi restorannya.

Tidak ketinggalan, menu untuk kanak-kanak disediakan di Loveats dengan pilihan burger tidak pedas serta sesuai untuk dinikmati golongan ini.

Fazlizam menambah, beliau menamakan sendiri setiap burger di restorannya untuk memberikan kelainan dalam setiap hidangannya agar mudah dikembangkan suatu hari kelak.

Kepada mereka yang berhasrat menambah ilmu berkaitan perniagaan burger boleh bertemu saya untuk berkongsi pengalaman dalam bidang ini," katanya yang menjadikan pakar motivasi perniagaan terkenal Dr Azizan Osman sebagai idolanya.

Maklumat lanjut layari www.facebook.com/loveatskitchen.


http://www.bharian.com.my/node/37542
 
macam tak selera nak cuba

lg 1 bukankah arang tu punca kanser

nih siap buh serbuk arang dlm roti

cth mkn sate ke bahaya mkn selalu sbb yg hangus2 tu punca kanser
 
Wow nmpk sedap...baru satu cawagan...bukaklah satu kat JB aku nk rasa
 
nampak macam tak sodap..
tapi nak torai..
dia ada buat delivery ke jb tak?
 
mcm best ek

10313648_937084132981001_65308743343070275_n.jpg
 
macam tak selera nak cuba

lg 1 bukankah arang tu punca kanser

nih siap buh serbuk arang dlm roti

cth mkn sate ke bahaya mkn selalu sbb yg hangus2 tu punca kanser



den pun sependapat dlm bab ni, bukan ke arang ni carsinogen?

ada sapa2 boleh bg info pasal food safety dgn makan benda alah ni?

mmg arang absorbing material, claim utk detox, tp x ke bnda yg sama ni carsinogen?
 
Wow nmpk sedap...baru satu cawagan...bukaklah satu kat JB aku nk rasa

kat muar ada bro...

bukan setakat hitam, warna warni pun boleh buat.

rasanya tetap rasa roti burger la :))
 
Back
Top
Log in Register