BTC USD 82,052.2 Gold USD 4,182.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Bunuh diri terjun jambatan Tendong

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,675
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,675
Reaction score
1,682
Points
201
Assalamualaikum_
_YDH Tuan KPD Kota Bharu_
_YDH Tuan Tim.KPD Kota Bharu_

*MAKLUMAN AWAL KEJADIAN 1 L/M TERJUN DARI JAMBATAN TENDONG KOTA BHARU KELANTAN*

1️⃣ *Laporan Polis*
NPR/181/24
15/01/2024 @ 1915 hrs
Klasifikasi: Dalam tindakan.
IO:

2️⃣ *Pengadu :*
Nama : Nurzazalina Binti Mat Jusoh
No. Kp : RF138182
Alamat : Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

3️⃣ *Tempat Kejadian :*
Jambatan Tendong, Kota Bharu Kelantan

4️⃣ *Ringkasan Kes*
Pada 15/01/2024 Jam lebih kurang 1848 semasa pengadu bertugas di Bilik Gerakan IPD Pasir Mas terima maklumat dari 1L/M Nama: Sazali, No Tel:0129584808 mengatakan ada (1) kes terjun dari jambatan di atas Jambatan Tendong Kota Bharu Kelantan. Pengadu jadikan repot sebagai maklumat pertama

5️⃣ *Siasatan Awal/ Tindakan :*

5.1 Pemangku KPB Nilam Puri bersama (4) anggota sampai di lokasi Jambatan Tendong Kota Bharu Kelantan

5.2. Kejadian melibatkan 1L/M :
Nama: Norhisyam Bin Ismail
No Kpt:810504-03-....
Umur: 43 Tahun
Pekerjaan: Berniaga
Alamat: 4357- I Taman Desa Jaya Jalan Pengkalan 15400 Kota Bharu Kelantan.

5.3 Makluman lanjut menyusul kemudian

*Untuk makluman YDH Tuan.*

Sekian terima kasih.



4151.jpeg
4153.jpeg
 

Selepas 14 hari, mayat ahli perniagaan ditemukan​

2517002.jpg

Norhisyam dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke Sungai Kelantan di Tendong, Pasir Mas pada 15 Januari lalu. (Gambar kecil: Norhisyam)



KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Selepas 14 hari dilaporkan hilang, mayat ahli perniagaan, Norhisyam Ismail, 43, yang dikhuatiri lemas ditemukan di Pulau Dollah, Pantai Kuda di sini pada Ahad.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Che Mazlan Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.08 malam untuk membantu pihak polis mengambil mayat tersebut.

"Susulan itu, seramai empat orang anggota bersama sebuah bot dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu telah digerakkan ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, sejurus tiba di lokasi, pihaknya mendapati mayat seorang lelaki telah terdampar di pesisiran pantai tersebut.


2517003.jpg
Pihak JBPM mmembantu pihak polis mengambil mayat di Pulau Dollah, Pantai Kuda, Kota Bharu pada Ahad. Foto JBPM

Mengulas lanjut katanya, anggota keluarga mangsa telah dipanggil untuk proses pengecaman terhadap mayat tersebut.

Menurutnya, melalui hasil pengecaman pakaian oleh keluarga mendapati mayat tersebut adalah mangsa yang hilang di Sungai Kelantan pada 15 Januari lalu.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:


Dalam kejadian 15 Januari lalu, mangsa dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke Sungai Kelantan di Tendong, Pasir Mas.

 

Doa termakbul, jasad suami akhirnya ditemukan​

2517017.jpg

Laporan Sinar Harian pada Isnin.



KOTA BHARU - Seorang isteri meluahkan rasa syukur apabila doanya termakbul selepas jasad suaminya, Norhisyam Ismail, 43, yang dikhuatiri lemas sejak 14 hari lalu akhirnya ditemukan di Pulau Dollah, Pantai Kuda di sini pada Ahad.

Norhaida Zahari@Ghazali, 39, berkata, beliau mendapat tahu tentang penemuan mayat suaminya itu pada jam 7.30 malam selepas menerima panggilan daripada pihak polis yang memaklumkan perkara tersebut.

"Adik ipar saya telah ke lokasi dan mengecam arwah suami berdasarkan baju serta seluar yang dipakai semasa hari kejadian.
"Alhamdulillah, doa kami semua dimakbulkan.

"Suami telah ditemui dan menamatkan tanda tanya buat kami," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, mayat Norhisyam telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam masa sama, beliau turut memberitahu jenazah Norhisyam akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tok Lembik, Pengkalan Chepa.

Sinar Harian pada 23 Januari lalu melaporkan isteri kepada seorang ahli perniagaan yang dikhuatiri lemas sejak sembilan hari lalu berharap jasad suaminya itu ditemukan dalam apa jua keadaan.

Isterinya, Norhaida berkata, sehingga hari ini dia sukar untuk lelapkan mata kerana terlalu merindui suami.

Norhisyam dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke Sungai Kelantan di Tendong, Pasir Mas pada 15 Januari lalu.

 

Mayat peniaga kosmetik ditemui terdampar di Pantai Suri​




WhatsApp-Image-2024-01-29-at-09.02.46.jpeg
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Suri, Kota Bharu malam tadi. .FOTO IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Mayat yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Suri, di sini petang semalam disahkan seorang peniaga kosmetik yang terjatuh ke Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong kira-kira dua minggu lalu.

Pengesahan tesebut dibuat oleh isteri kepada lelaki itu selepas membuat pengecaman seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh mangsa, Norhisyam Ismail, 43, sebelum kejadian.

Seorang saksi, Mohd. Faiza Ibrahim, 44, berkata, dia mengetahui ada mayat terdampar di pantai itu selepas dihubungi oleh rakannya yang sedang memancing di kawasan berkenaan kira-kira pukul 6 petang.

Menurutnya, rakannya yang berusia dalam lingkungan 30-an ketika itu sedang mencari bekas untuk menimba air dari dalam perahunya sebelum terhidu bau busuk. Dia kemudiannya menjejaki bau busuk itu sebelum terjumpa mayat seorang terdampar di pesisir Pantai Suri.

“Selepas menghubungi talian kecemasan, saya membawa polis dan salah seorang ahli keluarga mangsa untuk membuat pengecaman,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian malam tadi.

Mohd.Faiza memberitahu, seorang wanita mengesahkan mayat itu merupakan suaminya selepas melihat seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh mangsa sebelum kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jeti Kuala Besar di sini dengan bot bomba.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang peniaga produk kosmetik sempat menghubungi bapa mentuanya agar datang mengambil keretanya yang rosak sebelum dia terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong pada 15 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE


 
[ INFO SEMASA KELANTAN ]

📌Utk makluman
4&5/2/2024 ni jambatan tendong akan di tutup dri arah KB ke tendong sb ada solat hajat di atas jambatan tendong. Di jangka kehadiran 150 orang.

Jangka kul 9.00pg@1000pg

4hb akan pasang khemah sebelah jalan dri kb ke tendong
 
[ INFO SEMASA KELANTAN ]

📌Utk makluman
4&5/2/2024 ni jambatan tendong akan di tutup dri arah KB ke tendong sb ada solat hajat di atas jambatan tendong. Di jangka kehadiran 150 orang.

Jangka kul 9.00pg@1000pg

4hb akan pasang khemah sebelah jalan dri kb ke tendong
Tak jumpa la gi ke mayat dia?
 
Back
Top
Log in Register