strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
JITRA - Indah dan luar biasa, itulah dapat digambarkan melalui sekuntum bunga matahari yang ditumbuhi 17 kuntum anak bunga matahari yang lain.
Kejadian itu dianggap aneh oleh seorang penggemar bunga, Siti Zuriati Othman, 37, selepas mendapati sekuntum bunga matahari yang ditanamnya berbunga dengan luar biasa.
Menurut Siti Zuriati, dia menanam kira-kira 10 pokok bunga matahari sejak empat bulan lalu di halaman rumahnya, di Kuarters Warden Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas), di sini.
Katanya, kesemua pokok bunga berkenaan ditanam melalui benih yang sama, bagaimanapun terdapat satu pokok yang berbunga mekar dan ditumbuhi bunga matahari bersaiz kecil di sekeliling bunga induknya.
“Awalnya memang saya tak perasan, tetapi timbul rasa hairan apabila kedudukan bunga ini terlalu memberat ke bawah. Saya periksa selepas anak-anak bertanya kenapa bunga ini lain daripada yang lain.
“Memang rasa terkejut sebab tak pernah jumpa bunga matahari yang berbunga seperti ini. Ia juga ditanam dan dibaja seperti pokok yang lain dan tidak melibatkan sebarang proses kacukan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Tambah Siti Zuriati, penemuan bunga matahari beranak 17 itu adalah pertama kali berlaku sepanjang menjadikan hobi menanam pokok bunga untuk mengisi masa lapang.
“Sebelum ini juga saya pernah tanam bunga matahari, tetapi memang tak pernah ada yang tumbuh seperti sekuntum bunga ini.
“Dari aspek penjagaan juga adalah sama seperti pokok-pokok lain memandangkan ia ditanam pada masa yang sama. Ini semua kuasa ALLAH SWT,” katanya yang bekerja sebagai Guru Agama.
Sementara itu, jiran Siti Zuriati, Nik Dahna Megat, 47, berkata, dia mengambil kesempatan dengan mengambil gambar dan berkongsi keajaiban itu bersama rakan-rakan di laman Facebook.
“Gambar bunga matahari milik jiran saya ini mendapat perhatian dalam kalangan rakan-rakan Facebook terutamanya penggemar bunga yang menganggap ini suatu yang luar biasa.
“Saya sendiri terkejut sebab tak pernah jumpa bunga matahari tumbuh sebegini. Selepas muat naik di Facebook, ramai rakan pesan untuk memiliki benih daripada bunga tersebut,” katanya yang juga gemar menanam bungai perhiasan.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bunga-matahari-beranak-17-1.305894