BTC USD 77,508.4 Gold USD 4,393.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bulan Safar Bukan Bulan Sial

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20230913_072101_140.jpg


BULAN SAFAR BUKAN BULAN SIAL

Tular di media sosial yang mengatakan 13 September yang juga Rabu terakhir bulan Safar akan berlaku musibah. Galakkan melakukan ibadah bagi mencegah berlakunya bala dan mengaitkannya dengan bulan Safar merupakan kepercayaan karut yang pernah dianuti oleh masyarakat Arab Jahiliyyah.

Kepercayaan seperti ini hendaklah dijauhkan oleh umat Islam kerana ini adalah perbuatan yang ditegah oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada kepercayaan bahawa haiwan memberi manfaat dan mudarat, tidak ada kesialan dalam bulan Safar dan tidak ada juga kepercayaan datangnya malapetaka disebabkan burung hantu."
Riwayat al-Bukhari (5770)
 
Kecoh Rabu terakhir pada bulan Safar ( 13 September ) ni pasal apa pulak ? Arab Jahiliyah dulu2 percaya Safar ni bulan yang membawa si4l,bala dan bencana. Dah lebih 1400 tahun masih ramai percaya lagi sekarang ni. Hati2 percaya perkara karut marut yang ditegah agama.
 
Kecoh Rabu terakhir pada bulan Safar ( 13 September ) ni pasal apa pulak ? Arab Jahiliyah dulu2 percaya Safar ni bulan yang membawa si4l,bala dan bencana. Dah lebih 1400 tahun masih ramai percaya lagi sekarang ni. Hati2 percaya perkara karut marut yang ditegah agama.
Bulan2 yg lain selamat la kiranya...tenang aman dan damai.
 
Safar Bukan Bulan Malang

Dalam masyarakat, masih terdapat kepercayaan bahawa bulan Safar adalah bulan yang membawa sial, malang atau musibah. Ada yang mengelakkan perkahwinan, berpindah rumah, memulakan perniagaan atau mengadakan majlis pada bulan ini kerana percaya ia tidak membawa keberkatan. Kepercayaan seperti ini tidak mempunyai asas dalam ajaran Islam.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada penyakit yang berjangkit dengan sendirinya, tidak ada kepercayaan kepada burung pembawa sial, tidak ada kesialan pada burung hantu, dan tidak ada kesialan pada bulan Safar.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menolak kepercayaan jahiliah yang menganggap bulan Safar sebagai bulan malang. Dalam Islam, semua bulan adalah ciptaan Allah SWT. Tiada satu pun bulan yang mempunyai kuasa untuk membawa untung atau malang. Segala yang berlaku adalah dengan izin dan ketentuan Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

“Tiada sesuatu musibah pun yang menimpa melainkan dengan izin Allah.”

(Surah al-Taghabun: 11)

Oleh itu, seorang Muslim hendaklah menggantikan kepercayaan kepada petanda sial dengan tawakal kepada Allah, memperbanyakkan doa, istighfar, sedekah dan amal soleh. Jika berlaku musibah pada bulan Safar, ia bukan kerana bulan tersebut, tetapi merupakan ujian atau ketentuan Allah yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Pengajaran:

1. Bulan Safar bukan bulan malang atau pembawa sial.

2. Kepercayaan terhadap kesialan bulan Safar termasuk amalan yang bertentangan dengan akidah Islam jika diyakini mempunyai kuasa sendiri.

3. Semua waktu dan bulan adalah ciptaan Allah serta mempunyai nilai yang sama dari sudut hukum.

4. Seorang Muslim hendaklah bertawakal kepada Allah dan tidak mempercayai khurafat atau tahyul.

5. Jadikan bulan Safar sebagai peluang untuk meningkatkan ibadah dan memperkukuhkan keyakinan kepada qada’ dan qadar Allah.

Marilah kita membersihkan akidah daripada segala bentuk khurafat dan kepercayaan yang tidak berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kefahaman agama yang benar, mengukuhkan tauhid, serta memelihara kita daripada segala bentuk syirik, tahyul dan kepercayaan yang menyesatkan. Aamiin.
 
Back
Top
Log in Register