BTC USD 81,373.7 Gold USD 4,028.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bulan mini kelilingi asteroid

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,479
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,479
Reaction score
1,051
Points
151

Bulan mini kelilingi asteroid​

  • Oleh KOSMO!
  • 6 November 2023, 10:00 pm


View attachment bulan-keliling-asteroid.webpSebuah bulan mini mengelilingi asteroid Dinkinesh. - NASA/Goddard/SwRI/Johns Hopkins APL/NOIRLab


CAPE CANAVERAL, FLORIDA – Sebuah asteroid kecil ditemui oleh kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada Rabu lalu mempunyai sebuah bulan mini.

Laman berita Huffpost melaporkan, bulan itu ditemui selepas kapal angkasa Lucy menghampiri asteroid Dinkinesh dalam perjalanan sejauh 480 juta kilometer menuju Lingkaran Asteroid berdekatan Planet Marikh.

Lucy merakam gambar penemuan tersebut selepas menyempurnakan perjalanan sejauh 435 juta kilometer.

Berdasarkan data dan imej yang dipancarkan kembali ke Bumi, kapal angkasa itu mengesahkan bahawa asteroid Dinkinesh berukuran hampir 790 meter. Saiz Bulan yang mengelilinginya pula cuma 220 meter.

NASA menghantar kapal angkasa Lucy menghampiri asteroid Dinkinesh sebagai latihan sebelum meneroka asteroid-asteroid lebih besar dan lebih misteri berhampiran Planet Musytari.

Dilancarkan pada 2021, kapal angkasa itu akan mencapai kedudukan asteroid-asteroid dinamakan gugusan Trojan itu pada 2027 dan menerokainya selama sekurang-kurangnya enam tahun.

Bilangan asal gugusan tersebut adalah sebanyak tujuh asteroid, namun meningkat kepada 11. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register