BTC USD 81,592.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Roket SpaceX hentam Bulan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,715
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,715
Reaction score
1,682
Points
201

14287886689443237-415978.jpg


Roket SpaceX hentam Bulan


NEW YORK – Sebahagian roket SpaceX sebesar sebuah bas telah menghentam Bulan, kata beberapa saintis.

Pelanggaran tidak disengajakan itu tidak membahayakan Bumi dan meninggalkan kawah di Bulan dengan agensi-agensi angkasa lepas termasuk NASA berharap dapat mendokumentasikannya.

Terdahulu, bahagian atas roket Falcon 9 itu dijangka menghentam permukaan Bulan kira-kira pukul 2.35 petang semalam (waktu Malaysia).

NASA dan kapal angkasa penjelajahan Lunar Reconnaissance Orbiter miliknya serta Pathfinder Lunar Orbiter dari Korea Selatan, merancang untuk merakam kawah yang terbentuk tetapi ia mungkin mengambil masa berhari-hari untuk menerima maklumat tersebut.

Roket Falcon 9 daripada SpaceX milik Elon Musk dilancarkan pada Januari 2025 dengan membawa dua kapal angkasa penjelajahan Bulan. Penggalaknya kembali ke Bumi tetapi penggalak atas kekal pada kapal angkasa untuk menolaknya ke Bulan. – AFP

Artikel Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register