BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukit Bintang Dilimpahi Cahaya Berwarna-warni Sempena Festival ‘I LITE U’ malam Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
81808d198512bf0f12f926ff54950b7b69591bdd5e214

f5800915ee253ea17ab9467fc14d9d5369591c012c984

b73b6fda0ea8271141797ff5c8d8784269590e0cb80b6

65cf20d1db14cfdbbc256753001096f169590df828883


Kawasan ikonik Bukit Bintang malam ini dilimpahi cahaya berwarna-warni menerusi pelancaran projek inovasi pencahayaan ke arah kelestarian bandar I LITE U, sekali gus memeriahkan suasana malam ibu kota menerusi paparan pencahayaan moden dan lestari.

Majlis pelancaran yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pemenang Anugerah Oscar Tan Sri Michelle Yeoh.

Acara itu menyaksikan Yeoh menyerahkan lumnious sphere kepada Anwar sebagai simbolik gimik pelancaran, sebelum Perdana Menteri dan tetamu kehormat menyaksikan persembahan dan perarakan di pekarangan Pavillion Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis itu ialah barisan jemaah menteri dan tetamu kenamaan antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud.

Festival yang melibatkan laluan sepanjang hampir satu kilometer di sekitar Bukit Bintang itu menampilkan pelbagai rekaan pencahayaan kreatif termasuk lampu gantung, lampu bulan serta elemen bertema dongeng yang memukau pandangan.

 
Back
Top
Log in Register