BTC USD 84,281.9 Gold USD 4,147.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan talak 3

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
KUALA LUMPUR: Pas mengakui ia hanya mengamalkan bai’ah sumpah setia laknat bukannya amalan bai’ah talak tiga seperti yang dinyatakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kata Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, amalan yang dilakukan sejak sekian lama itu adalah bertepatan dengan dasar Pas yang memperjuangkan Islam di samping menunjukkan yang mereka sedia dilaknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam.

“Pas ada cara sendiri, kita guna tradisi dalam Islam. Bai’ah kita adalah ikrar setia dalam perjuangan. Pas buat benda ni sebelum pilihan raya lagi, sewaktu kita dipilih sebagai calon.

“Walaupun kita (Jawatankuasa Pas Pusat) tak setuju apa yang dilakukan Khalid, tetapi kita hormati pendirian beliau. Mungkin itu pilihan dia untuk tunjukkan kesetiaan kepada parti,” katanya pada sidang media berhubung isu bai’ah di ibu pejabat Pas di sini, semalam.


Khalid baru-baru ini mendedahkan mengenai wujudnya amalan bai’ah dalam kalangan calon wakil rakyat parti itu yang dikehendaki melafazkan akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti.


Mustafa berkata, bai’ah anggota Pas menjelang pilihan raya umum lalu tidak membabitkan lafaz menceraikan isteri, sebaliknya adalah ‘sumpah setia laknat’ bagi mengelak daripada berlakunya lompat parti.

Katanya, hanya terdapat dua anggota parti itu dari Selangor menggunakan lafaz bai’ah yang berbeza daripada amalan bai’ah biasa, dan seorang daripadanya Khalid sendiri.

Menurut Mustafa, pimpinan tertinggi Pas berpendapat, bai’ah yang dilafazkan Khalid tidak sepatutnya berlaku kerana ikrar seperti itu seperti merendah-rendahkan martabat kaum wanita.

Berikutan tindakannya itu, Mustafa berkata, Khalid sudah diberikan peringatan lisan oleh parti.

Khalid dalam pendedahannya sebelum ini mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai’ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa berkata, lafaz bai’ah Khalid dan seorang lagi anggota Pas di Selangor itu juga berbeza antara satu sama lain.

Mustafa bagaimanapun enggan menyatakan nama seorang lagi pemimpin yang dimaksudkan.

“Kita anggap ini hanyalah kes terpencil. Tak perlulah didedahkan nama individu itu, sama ada anggota Parlimen atau anggota Dewan Undangan Negeri. Pas harap isu ini tidak diperbesarkan,” katanya. - Bernama
 
tak abih2 media perdana dok kecoh benda nie
 
Back
Top
Log in Register