BTC USD 80,057.6 Gold USD 4,154.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan serbuan - NFC

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 24 Dis. - National Feedlot Corporation Sdn. Bhd., (NFC) menjelaskan bahawa kedatangan pegawai dan anggota penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabatnya semalam bukanlah satu serbuan seperti yang dilaporkan beberapa akhbar hari ini.

Sebaliknya, kata NFC, pegawai SPRM datang untuk memeriksa pejabat itu sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan yang sedang dijalankan.

"Pihak pengurusan dan kakitangan NFC mengalu-alukan kedatangan pegawai SPRM dan telah memberi kerjasama yang sepenuhnya," kata jurucakap perbadanan itu ketika dihubungi hari ini.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan SPRM menyerbu pejabat NFC semalam dipercayai bagi membantu siasatan kes berkaitan syarikat tersebut.

Menurut jurucakap itu, NFC berpendapat bahawa kunjungan SPRM petang semalam bukanlah satu serbuan seperti yang dilaporkan beberapa akhbar.

Beliau juga berkata, adalah tidak wajar untuk memberi komen lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjelaskan bahawa seorang 'datuk' yang ditahan polis baru-baru ini, tidak ada kena mengena dengannya atau keluarga serta bukan kakitangan perbadanan tersebut.
 
sebelum datang SPRM buat temujanji dulu......
 
Back
Top
Log in Register