BTC USD 86,273.8 Gold USD 4,152.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan Rayuan Gombal

En Am 3

Fun Poster
Messages
556
Joined
Mar 29, 2017
Messages
556
Reaction score
26
Points
15
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh..

Tuan yang dimuliakan Allah subhanahu wa ta'ala..

Jom ke masjid. Masjid rumah Allah.. hati kampung.. tempat turunnya rahmah.. hidayah.. maghfirah.. hifazah.. dan berkah. Allah subhanu wa ta'ala rabb semesta alam sendiri memanggil tuan ke rumahNya 5 kali setiap hari. Siapa yang menjaga solah fardhu 5 waktu akan dimurahkan rezekinya di dunia.. di angkat dari kuburnya nanti azab kubur.. akan diberi buku catitan amalannya dari tangan kanan di Padang Mahsyar.. akan dimudahkan melintas titian sirat sepantas kilat.. dan masuk syurga tanpa hisab.

Tuan yang dimuliakan Allah subhanahu wa ta'ala..
Kehidupan di dunia ini sifatnya sementara.. sementara kehidupan di akhirat yang kekal. Apabila kita meninggal dunia.. dunia akan kita tinggalkan.. yang akan kita bawa bersama ke kubur hanya iman dan amal.

Atas perkara ini marilah kita ke masjid. Masjid bukan sahaja tempat ibadah solah tetapi juga tempat menuntut ilmu.. tempat mengingati Allah.. tempat untuk kita fikirkan saudara-saudara kita yang lain yang masih berada di luar sana yang hatinya belum terpaut dengan masjid. Moga Allah subhanu wa ta'ala dengan sifat kasih sayangNya pilih tuan ke rumahNya dan menjadi daieNya penyeru umat semesta alam kepadaNya.

Aamiin..ya rabbal 'alamiin...
 
Tuan yang mulia.. selangkah tuan melangkah ke masjid.. diampunkan bagi tuan satu dosa.. diganjarkan bagi tuan satu pahala.. dan dinaikkan bagi tuan satu darjat di syurga. Siapa yang ke masjid untuk menunaikan solah berjemaah di malam yang gelap.. akan dikurniakan kepadanya cahaya yang sempurna di hari kiamat.

Tuan yang dimuliakan Allah ta'ala.. bersegeralah kepada rahmat Allah ta'ala.. kerana kematian tidak bertangguh.. sejengkal tuan datang kepada Allah.. Allah datang kepada tuan sehasta.. sehasta tuan datang kepada Allah ta'ala.. Allah datang kepada tuan sedepa.. tuan datang dengan berjalan.. Allah datang kepada tuan dengan berlari.. dibalik segunung pengorbanan.. disana ada Allah..

Moga Allah ta'ala amkan hidayat di seluruh alam.. khususnya kepada orang-orang Islam di seluruh forum CG ni.. aamiin..
 
Harap jgn putus asa dgn Allah dah la..

Sebab slalu Allah tak beri kat dunia, tapi beri kat Akhirat nanti.

Byk yg tak tinggal solat fardu, solat dhuha pun buat tiap hari selama 10 tahun tapi rezeki x datang2. Kata ustaz, mung solat mcm mana pun kalau x berusaha, takde nya nak datang apa yg korang nak di dunia ni.

Hanya Allah sebaik2 perancang.
 
Assalamualaikum tuan yang mulia..
Allah Maha Kuasa.. kami dihantar untuk bawa manusia dari kegelapan kekufuran kepada cahaya iman.. dari makhkuk kepada khaliq.. dari yakin kepada kebendaan kepada yakin kepada amal.. dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.. Allah hantar kepada tuan peringatan pasti kerana Dia kasih dan menyayangi tuan..

Tuan yang dimuliakan Allah..
Tidak dapat kita simpulkan bahawasanya semua manusia yang hidup di dunia ini punya masalah.. orang yang tidak punya harta ada masalah.. orang punya harta banyak juga ada masalah.. orang berpangkat kecil ada masalah.. orang berpangkat besar ada masalah juga.. orang yang tidak punya anak bermasalah.. orang yang punya anak ramai juga bermasalah.. oran tinggal di desa punya masalah.. orang yang tinggal di kota-kota besar punya masalah juga..

Allah subhanahu wa ta'ala mengutus Rasulullah SAW untuk selesaikan segala masalah manusia.. baik masalah-masalah manusia di dunia mahupun masalah-masalah manusia di akhirat. Apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW untuk selesaikan masalah-masalah manusia? Bukan harta.. bukan kemewahan.. bukan pangkat.. bukan darjat.. bukan.. tetapi yang dibawa oleh Rasul SAW ialah agama. Allah SWT jadikan agama untuk selesaikan segala masalah manusia. Barangsiapa mengamalkan agama.. mentaati Allah.. ikut cara Rasul SAW.. pasti segala masalahnya diselesaikan oleh Allah SWT.

Orang berpangkat kecil tidak perlu berpangkat besar untuk selesaikan masalahnya kerana orang berpangkat besar bermasalah juga. Orang miskin tak perlu memaksa diri untuk jadi kaya kerana orang kaya juga punya masalah. Firaun seorang yang berpangkat besar.. punya kerajaan yang besar.. tetapi tak mengambil agama bermasalah hidupnya.. Qarun seorang yang terkaya di zamannya tidak ambil agama bermasalah juga hidupnya.. Namrud seorang raja dunia.. tinggal di istana yang besar tetapi tidak amalkan agama hidupnya bermasalah.. lihat Nabi Ibrahim a.s. seorang yang hidup sederhana tetapi amalkan agama.. mentaati Allah.. meskipun di dalam api dibahagiakan Allah SWT.

Moga Allah SWT terima seluruh umat di seluruh alam di dalam usaha nubuwwah yang mulia.. aamiin.. ya rabbal 'alamiin...
 
Back
Top
Log in Register