ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
ISMAIL SABRI YAAKOB (tengah) menyampaikan replika cek Peruntukan Elaun JKKKP Negeri Pulau Pinang Bagi Setengah Tahun Kedua 2015 kepada Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman (kiri) sambil diperhatikan Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) KKLW, Jamaluddin Kasbi pada Majlis Ramah Menteri bersama Pengerusi JKKKP Negeri Pulau Pinang dan Agensi KKLW di Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 15 Ogos - Usaha membangun dan memperjuangkan usahawan Melayu serta bumiputera bukan satu perbuatan jenayah, apatah lagi dilakukan institusi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang sememangnya bertanggungjawab membela nasib kaum berkenaan.
Sehubungan itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beranggapan adalah tidak wajar sayap Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) membuat laporan polis berhubung cadangan pembukaan Plaza Low Yat 2 yang jelas bertujuan membela peniaga-peniaga Melayu dan bumiputera.
Sambil melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Pemuda SUPP itu, Ismail Sabri sekali lagi menegaskan, cadangan membuka Plaza Low Yat 2 tersebut bukan kesalahan sehingga perlu dibuat laporan polis.
“Mara memang ditubuhkan untuk membantu usahawan dan pelajar golongan Melayu serta bumiputera, jadi mengapa perlu dipersoalkan?
“Mana-mana pihak yang masih mahu mempersoalkan peranan Mara ini saya nasihatkan berhenti dan fahamkan apa yang telah saya terangkan sebelum ini,” katanya.
Beliau ditemui pemberita dalam majlis ramah mesra bersama Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) serta agensi-agensi di bawah kementeriannya di Bayan Lepas di sini hari ini.
Semalam, Setiausaha Informasi dan Publisiti Pemuda Pusat SUPP, Milton Foo dan Setiausaha Bahagian Pelawan parti itu, Tiang Ming Tee membuat laporan polis terhadap Ismail Sabri berhubung kenyataan membangunkan Plaza Low Yat 2 untuk para peniaga Melayu yang didakwa mereka lebih cenderung menghasut dan mewujudkan kebencian dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mempersoalkan sama ada menjadi kesalahan hari ini untuk mana-mana pihak menyebut sebarang perkara berkaitan agenda pembangunan orang Melayu dan kaum bumiputera.
Malah, beliau turut menganggap pertikaian terhadap usaha membela kaum majoriti itu oleh mana-mana pihak adalah sesuatu yang ‘baharu’ dan dalam masa menyifatkannya sebagai tindakan tidak wajar.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengingatkan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) berhenti bertelagah sesama sendiri kerana hanya mendatangkan keburukan kepada parti.
Tegas beliau, sekiranya ada isu atau perkara yang tidak memuaskan hati dalam kalangan ahli atau pemimpin parti kompenan BN, perkara itu sepatutnya dibawa ke peringkat Kabinet dan dibincangkan secara dalaman.
“Hal rumah tangga kita tidak perlu dihebohkan kepada pihak luar, kita selesai dalam rumah kita sendiri,’’ katanya.
Keratan Utusan Malaysia 13 Ogos 2015.