eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Ibu pelakon tambahan nafi anak berkahwin penyanyi
KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelakon tambahan Momok The Movie, Norasyikin Meor Ahmad Zaudi, 17, semalam menafikan anaknya berkahwin dengan juara Akademi Fantasia (AF) 4, Mohammad Faizal Ramly.
Ibu Norasyikin, Norlehan Md Said, 42, yang menghubungi Berita Harian semalam berkata, penjelasan itu perlu bagi mengelak salah faham berikutan kenyataan bapa juara AF4 yang menyebut seorang pelakon tambahan filem itu, Norasyikin, 23, adalah menantunya.
"Saya menerima banyak panggilan telefon dari saudara mara serta rakan Norasyikin yang terkejut dengan berita itu.
"Memang benar, anak saya berlakon sebagai tambahan dalam filem itu tetapi bukan dia yang dikaitkan dengan Faizal," katanya.
Semalam akhbar melaporkan, bapa Faizal, Ramly Yaacob, 60, mengesahkan beliau menerima panggilan telefon dari anaknya mengenai perkahwinannya dua bulan selepas berkahwin.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti di mana lokasi sebenar dia berkahwin kerana tidak dimaklumkan mengenainya namun mengesahkan menantunya yang hanya dikenali sebagai Norasyikin, 23, berasal dari Temerloh, Pahang itu adalah pelakon tambahan Momok The Movie yang juga pernah dibintangi Faizal.
Norlehan berkata beliau mahu salah faham ini dihentikan segera kerana ia membabitkan nama baik anaknya serta keluarga.
"Mungkin ada orang lain yang namanya serupa dengan anak saya berkahwin dengan Faizal tapi saya ingin menjelaskan anak saya tidak ada kena mengena dengan perkahwinan ini," katanya.