BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amirul AF4 meninggal dunia

kakigossip

Active+ Member
Messages
2,637
Joined
Apr 21, 2011
Messages
2,637
Reaction score
38
Points
40
WhatsApp-Image-2025-11-25-at-6.03.39-PM.jpeg

AMIRUL AF4

Amirul AF4 meninggal dunia PETALING JAYA – Bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Amirul menghembuskan nafas terakhirnya di Kuching, Sarawak hari ini dipercayai akibat serangan jantung.

Berita duka pemergian Allahyarham Amirul atau nama penuhnya Amirul Azwan Mohd Ghazali, 37, dikongsikan pengacara Datuk Aznil Nawawi dalam Instagramnya hari ini.

“Satu lagi berita sedih saya terima. Dikhabarkan Bintang AF4 Amirul atau Amighul hari ini pergi menghadap Illahi.

Selepas AF kami memang tak pernah bertemu sebab Amirul berada di Sarawak.

“Sesekali dia ada bertanya khabar dalam media sosial. Hari ini Amirul sudah tiada. Takziah diucapkan pada keluarga beliau. Alfatihah,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri. Pasangan itu difahamkan mendirikan rumah tangga pada 2023 dan isterinya kini hamil tujuh bulan. – HIBGLAM
==============================
Sedih betul bila baca berita ni, macam still tak percaya dia dah takde. Dia baru post gambar tengah happy2 je kat IG, ingatkan ada berita gembira... hidup ni memang penuh kejutan. Al-fatihah untuk dia.

 
Back
Top
Log in Register