BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bukan hudud tp dap tk nk pas memimpin

hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,471
Points
251
‘Bukan hudud, tapi DAP tak mahu PAS memimpin'
19 Feb 2016, tengahari 12:22
Dikemaskini 19 Feb 2016, tengahari 2:03

‘Langkah Kajang’ adalah punca utama yang menyebabkan krisis dalam Pakatan Rakyat sekaligus menyebabkan DAP menentang PAS dan terkuburnya gabungan pembangkang itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya ketika itu tidak bersetuju supaya kepimpinan di Selangor ditukar.

“Kita akui tiada sebab untuk tukar Tan Sri Khalid Ibrahim, tiba-tiba tanpa perbincangan mahu tukar, PAS seperti yang diketahui tidak setuju dan berlaku percanggahan sehingga DAP menyerang PAS,” katanya yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian.

Mengikut ‘Langkah Kajang’, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya menjadi menteri besar tetapi rancangan itu tidak menjadi kerana tidak mendapat sokongan PAS.

Sebagai kompromi, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada September 2014 diplih menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, susulan itu, krisis demi krisis melanda Pakatan Rakyat sehingga PAS dan DAP masing-masing memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama mereka.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata DAP menentang PAS bukan disebabkan isu hudud semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau, parti dominasi Cina itu tidak mahu pemimpin parti Islam menjadi ketua dalam mentadbir negara pada masa hadapan.

“DAP ini kenapa serang sangat, sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam (penjara). Dia (DAP) tidak boleh terima kalau PAS jadi ketua. Sebab itu saya kata ada perkara lain.

“DAP ini tidak setuju PAS bawa hudud ke Parlimen. Hudud ini kita mahu buat dan Kelantan sudah menang berapa puluh tahun dah. Bila ada ruang kena bawa lah. Bawa sebab kewajipan,” katanya yang dipetik lagi oleh Sinar Harian.

Tuan Ibrahim turut mengulas mengenai tindakan AMANAH yang didakwa menyerang PAS Kelantan sejak akhir-akhir ini berkata, peninggalan bekas Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mesti diteruskan jika benar rakyat sayangkan negeri ini.

“Kalau kita sayang kerajaan negeri yang dipimpin oleh tok guru, kita kena pertahankan legasi ini. Kalau serang Kelantan dan hilang Kelantan, maka hilanglah legasi arwah tok guru.

“Hak dia (AMANAH) nak sokong mana pun tapi untuk pertahankan konteks PAS di Kelantan maka kita pakat dukung legasi PAS di sini. Kalau mahu tumbangkan BN, kita kena cari tempat yang mana kita boleh menang,” katanya lagi.

sumber: malaysiakini

ps- pening pas punya kenyataan asik bertukar2... lantak pi lah..
 
bukan disebabkan isu hudud semata2..tu ayat tu..so tajuk boleh tukar la..
 
guna modal tok guru supaya undi diorang?pas edisi lawak ni.:))
aku memang tak undi pas di kelantan lepas ni.
 
Tahu lama dah.. Yang penting skrg ni asal blh digulakan orang melayu adalah kemenengan bg mereka..
 
bukan disebabkan isu hudud semata2..tu ayat tu..so tajuk boleh tukar la..

dulu sebuk kempen kata dap tolak hudud.. mana ada citer pasal kepimpinan..?
bila isu hudud dah kelaut tukar citer pasal kepimpinan pulak...?

boringlah..
 
tok guru dah tiada.
dah hilang kesanggupan nak bersusah payah hadapi dugaan untuk pertahankan pas di kelantan.
lantaklah pasal pas kelantan ni.
 
Semoga pas kelantan berkubur next pru...
 
dulu sebuk kempen kata dap tolak hudud.. mana ada citer pasal kepimpinan..?
bila isu hudud dah kelaut tukar citer pasal kepimpinan pulak...?

boringlah..

idoppp dap..dap la maksum! :)):))

tukar tajuk tu..isi maksud lain tu abam aji..spin ke ni?

abam dah derma utk abam mat sabu lom.kehkeh..dia yg berhutang mntk org bayokan pulak..kahkah
 
ak xfaham la pemimpin pas ni...
dlm parlimen senyap...
ada kala x masuk parlimen...
smpaikan isu hudud kata nk bentang di parlimen senyap...
tp gaji jalan...
dh la gaji tinggi...
serupa mcm x buat kerja...
skrg rakyat dihimpit kos hidup tinggi...xde plak nk bising2...senyap aje...
ashik duk ulang isu hudud je mcm xde isu lain dlm negara yg perlukn perhatian...
 
Back
Top
Log in Register