TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
BAHAU: Polis menafikan daun ketum dijual secara terbuka di sebuah pasar raya di bandar ini, berikutan penyebaran gambar bungkusan plastik dengan pelekat tertera nama daun terbabit, di media sosial
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata pihaknya membuat pemeriksaan di premis terbabit, selepas menyedari gambar berkenaan mula disebarkan dengan meluas
"Kita dapati daun yang berada dalam bungkusan itu sebenarnya bukan daun ketum, tetapi daun ketumbar. Gambar itu menjadi viral disebabkan kesilapan ejaan
"Kita berharap, penjelasan ini dapat mengelakkan kekeliruan dan isu ini tidak diperbesarkan sehingga memberi persepsi yang negatif terhadap penguatkuasaan undang-undang," katanya di sini, hari ini
Gambar pelekat pada bungkusan daun berwarna hijau yang menjadi viral itu memaparkan tulisan 'daun ketum' seberat 0.08 kilogram serta harga RM2.65 selain nama pasar raya tempat ia dijual