BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buka rundingan kerusi di seluruh negara, bukan ikut negeri, Sanusi beritahu Umno

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Buka rundingan kerusi di seluruh negara, bukan ikut negeri, Sanusi beritahu Umno​

e3d888d2-7acf-4c26-bd11-7c82a5da7467-SANUSI-MUKTAMAR-PAS-KE-72-2026.jpg

Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Nor mahu medan perundingan bersama Umno dibuka luas bagi memudahkan pelarasan kawasan mahu ditandingi.

Justeru, pengarah pilihan raya PAS itu, menyeru medan perbincangan diperluaskan melibatkan seluruh negara bagi membolehkan pelarasan kerusi dibuat antara negeri, termasuk kemungkinan pertukaran kawasan ditandingi.

“Saya sebut dulu di peringkat negeri Melaka, rundingan tak boleh dibuat peringkat negeri Melaka sahaja. Rundingan mesti ambil kira seluruh negara. Barulah boleh buat ‘adjustment’ (pelarasan) sana sini. ‘Swapping’ (penukaran) tak ‘swapping’, tak boleh ‘swapping’ dalam negeri, swapping negeri lain.

“Kita kena buka medan itu bagi luas, baru boleh buat anjakan. Orang Kedah kata renjak (pindah tempat), kesot (beralih) sana, kesot sini. Kalau bincang dalam negeri itu saja, susah nak kesot.

“Macam di Kedah, Kelantan, dan Terengganu ini susah nak kesot. Jadi kena ambil kira negeri-negeri lain juga,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Semalam, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, mencadangkan pilihan raya diadakan di Terengganu bagi menguji keikhlasan PAS dalam usaha penyatuan Melayu dan membuktikan komitmen persefahaman politik dengan PAS.

Umno tumbang sepenuhnya pada PRN Terengganu lalu apabila gagal menang sebarang kerusi daripada 32 kerusi DUN dipertandingkan. Ia juga gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU15. Terdapat lapan kerusi Parlimen di Terengganu.

Pada 4 Sept, Presiden PAS Hadi Awang ketika berucap pada Muktamar PAS menegaskan partinya mahu mempertahankan semua kerusi DUN dan Parlimen dimenanginya pada PRU15, khususnya Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis yang disifatkan ‘negeri pangkalan’.

Dalam pada itu, Sanusi yang juga menteri besar Kedah, berkata setakat ini beliau difahamkan soal kerusi ditandingi adalah berdasarkan status quo atau keadaan sedia ada, namun Umno-Barisan Nasional (BN) boleh meneroka kawasan yang hendak ditandingi sekiranya mereka belum memiliki sebarang kerusi seperti di Kedah.

Katanya, beliau akan bertemu dengan Ketua Umno Kedah Mahdzir Khalid dan bekas menteri besar Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah bagi meneroka kemungkinan kerjasama politik antara dua parti di negeri itu.
 
Back
Top
Log in Register