BTC USD 95,769.0 Gold USD 2,894.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak selamatkan bapa tipu scammer

redknight

Junior Member
Messages
87
Joined
Mar 25, 2011
Messages
87
Reaction score
21
Points
11

Kali ini 'scammer' pula kena tipu​


TAIPEI: Seorang budak lelaki di Taiwan merangka rancangan yang bijak dan memainkan tiga peranan berbeza untuk menyelamatkan bapanya daripada geng penipuan wang tunai.

South China Morning Post melaporkan, budak itu berjaya memikat 'scammer' untuk mempercayai mereka akan menerima pelaburan seterusnya, dan akhirnya membantu mendapatkan semula wang bapanya yang berjumlah NT$700,000 (kira-kira RM95,000) daripada kumpulan itu.

Kejadian itu kali pertama didedahkan menerusi catatan dalam talian oleh anak lelaki mangsa dan kemudiannya dilaporkan oleh Taiwan EBC News pada 17 Disember lalu.

Bukan sahaja penipu itu mengumpul wang secara peribadi, tetapi mereka juga meyakinkan bapa untuk memasang aplikasi yang tidak diketahui pada telefon bimbitnya.

Butiran mengenai bapa dan anak itu, termasuk nama dan umur mereka tidak didedahkan.

"Kumpulan penipuan memanggil ayah saya 'ayah', terus bertanya, apa khabar? Adakah anda sudah makan malam ini? Bagaimana tidurmu?'.

"Mereka sentiasa bertanya mengenai kesihatannya," kata anak lelaki itu kepada Taiwan EBC News.

Aplikasi itu menunjukkan bahawa jumlah pelaburan meningkat kepada NT$1.3 juta (kira-kira RM177,000) dan menunjukkan keuntungan lebih NT$600,000 (kira-kira RM81,000).

Walaupun bapa tidak sabar-sabar untuk mengeluarkan keuntungannya, penipu itu menegaskan bahawa 'anda perlu mencapai jumlah tertentu sebelum anda boleh mengeluarkan'.

Si anak mula curiga selepas bapanya mengadu mengenai keadaan itu.

"Selepas ayah saya berkongsi pengalaman pahitnya, saya pulang ke rumah dan mula menonton video antipenipuan di YouTube.

"Saya terjumpa satu di mana YouTuber menyebut anda memerlukan umpan yang lebih besar daripada wang yang anda sudah hilang untuk mempunyai sebarang peluang untuk mendapatkan semula wang anda.

"Diilhamkan oleh itu, saya memutuskan untuk mengambil strategi yang sama menggunakan telefon ayah saya untuk berhubung semula dengan penipu," kata anak lelaki itu.

Dia memberitahu penipu bahawa dua rakannya, yang kagum dengan keuntungan, tidak sabar-sabar untuk melabur masing-masing NT$500,000 (kira-kira RM70,000) dan NT$1 juta (kira-kira RM140,000).

Semasa perbualan, dia menyatakan keperluan mendesak untuk dana atas urusan keluarga, meminta untuk mengeluarkan NT$700,000 (kira-kira RM95,000) daripada keuntungan berkenaan.

Pada mulanya, kumpulan penipu itu teragak-agak, tetapi anak lelaki itu meyakinkan mereka dan memainkan tiga watak lain sehingga kumpulan itu menyerahkan semula wang berkenaan.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register