BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak sekolah pecah rumah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KLUANG - Seorang remaja dan seorang pelajar sekolah diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Jalan Panglima, Renggam di sini, 15 Mac lalu.

Kedua-dua suspek berusia 16 dan 23 tahun itu ditahan sekitar jam 7 malam hasil daripada serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Taman Sri Jaya Renggam, di sini, dua hari kemudian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek bergiat aktif dalam kes pecah rumah di sekitar kawasan Pekan Layang-Layang, Renggam dan Simpang Renggam.

“Polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menangani masalah itu. Hasil siasatan polis mendapati suspek dipercayai menggunakan taktik mengumpil pintu hadapan rumah mangsa untuk masuk ke dalam rumah.

“Hasil tangkapan, polis berjaya merampas tiga komputer riba, tiga telefon bimbit serta wang tunai melibatkan kerugian kira-kira RM10,000,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang, di sini, kelmarin.

Abdul Majid berkata, penahanan dua suspek terbabit berjaya menyelesaikan lapan kes pecah rumah di sekitar kawasan pekan Layang-Layang, Renggam dan Simpang Renggam.

“Suspek ditahan sehingga semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan yang mana boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/budak-sekolah-pecah-rumah-1.141994
 
terlampau banyak masa terluang?

pengaruh rakan-rakan?
 
dulu hantar anak gi skolah nk sruh belajar jd org berguna..tgok2 hantar skolah jd makin x berguna..salah sekolah ke salah parents?
 
mcam-macam pengaruh ada kat luar sana...
 
dulu hantar anak gi skolah nk sruh belajar jd org berguna..tgok2 hantar skolah jd makin x berguna..salah sekolah ke salah parents?

salah keluarga mereka sebab bila kita pukul anak mereka, ibubapa datang hantam cikgu, atau saman cikgu....:mad:
 
Back
Top
Log in Register