BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak maut sampah meletup

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
pix_gal1



Baling: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun terbunuh selepas tubuhnya melecur teruk akibat terkena letupan sewaktu melihat keluarganya membakar longgokan sampah di kuarters Klinik Kesihatan Kuala Ketil, dekat sini.

Kejadian berlaku jam 6 petang kelmarin dan mangsa, Amar Farhan Saiful Azhar yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari semalam.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama kembarnya dan kakak mereka berumur enam tahun dikatakan melihat seorang daripada anggota keluarga membakar sampah.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, tiba-tiba berlaku letupan dan Amar Farhan yang duduk paling dekat dengan longgokan sampah yang dibakar terus disambar api menyebabkan hampir seluruh tubuhnya melecur.




“Saya tidak pasti apa punca letupan itu berlaku, mungkin dalam longgokan sampah itu ada tin mengandungi aerosol yang digunakan untuk menghalau nyamuk atau mungkin juga ada bahan gas lain yang boleh meletup,” katanya.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Budakmautsampahmeletup//Article
 
Dah sampai masanya
Inalillah wa Inna ilaihi rajii'un
 
tin aerosol ni klo campak api xmeletup..bunyi gas terbakar je tapi dengar tu cuakla jgk haha
 
ini mesti tong tu ada isi meletup simbah kena budak tu api tebakar idup2,sadis..
 
Back
Top
Log in Register