BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak mati dihempap TV

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1.pagespeed.ic.vgL1pEkP-e.webp


Gombak: Seorang bayi perempuan maut selepas kepalanya dipercayai dihempap televisyen berukuran 29 inci (73.6 sentimeter) di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Taman Bersatu, Rawang, dekat sini, semalam.

Mangsa, Rabiatul Adawiyah Adlan Zulkarnain yang berusia setahun lapan bulan dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang akibat parah di kepala.

Berikutan itu, bapanya Adlan Zulkarnain Mustafa, 40, membuat laporan di Balai Polis Rawang.

Menceritakan kejadian itu Adlan berkata, dia menghantar mangsa bersama seorang lagi anak perempuannya berusia empat tahun ke pusat asuhan terbabit jam 6.20 pagi sebelum dia ke tempat kerja di sebuah bank di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, 10 minit kemudian saya menerima panggilan telefon daripada pengasuh itu memberitahu kepala anak saya dihempap televisyen.





sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Televisyenragutnyawa//Article
 
Cuainya laa taska.
Cuti tanpa gaji la si ibu jaga anak. Risau dkt anak.
 
mcm mana tv sebesar tu boleh terjatuh, berat tv ni...
kalau ada lesen, memang kena gantung kerana cuai penjagaan kanak2..
 
baru je sampai tu..dah pg tarik tv
 
29inci mesti tv besar..camna ekk boleh kene hempap..nak tarik tv tu bukan senang..
 
Ada dah waris brader ni kat Syurga..
Al-Fatihah
 
mcm ner kedudukan tv tuh sebenarnye...tergantung dlm sangkar cm kedai mamak tuh ke...atas kabinet tuh ke...nk tekan button leh plak terjatuh tv tuh....takziah pada mangsa...sedihnye la mak ayah dia...
 
Back
Top
Log in Register