BTC USD 81,081.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak lelaki melayu ada problem dgn agama

suprol

Legendary Member
gem
Messages
13,016
Joined
Nov 23, 2009
Messages
13,016
Reaction score
34
Points
120
Aku selalu dengar guru sejarah, ustaz & ustazah, tok imam dan penceramah agama mengatakan, "...walaupun masyarakat barat maju membangun; kaya raya tapi mereka tiada moral. Mereka hanya mementingkan kemajuan materialistik semata - mata. Bagi umat islam pula, adab, agama dan moral lebih diutamakan berbanding kekayaan materialistik."

Memandangkan aku seorang manusia yang tak mudah termakan kata - kata orang lain, aku kaji dan berfikir secara rasional tentang kenyataan itu. Berdasarkan penilaian aku, apa yang dikatakan adalah poyo semata - mata.

Jika kita lihat kepada statistik penggunaan internet yang dikeluarkan Google, 6 daripada 10 negara yang paling banyak mengakses pornografi adalah negara - negara majoriti islam iaitu Pakistan (nombor 1), Mesir (2), Iran (4), Maghribi (5), Arab Saudi (7) dan Turki (8). Apa yang lebih memeranjatkan adalah daripada 6 negara majoriti islam ini 5 daripadanya adalah negara muslim konservatif dan fundamentalis dimana majoriti rakyatnya sangat lantang memperjuangkan nilai - nilai islam dalam setiap aspek politik, ekonomi dan sosial. Daripada 6 negara ini juga sekurang kurangnya 2 negara iaitu Arab Saudi dan Iran melaksanakan hudud dan qisas.

Menurut Indeks Persepsi Rasuah 2013, 8 daripada 10 negara paling teruk rasuah adalah negara majoriti islam iaitu Somalia (paling teruk), Afghanistan, Sudan, Libya, Iraq, Uzbekistan, Turkmenistan dan Syria. Dalam senarai 10 negara paling bersih rasuah pula tiada satu pun negara majoriti islam tersenarai. Sebaliknya negara - negara barat yang selalu dimomokkan tok - tok ugama sebagai tidak bermoral pula mendominasi ranking. Negara - negara bebas rasuah itu adalah Denmark, New Zealand, Finland, Sweden, Norway, Singapura, Switzerland, Belanda, Australia dan Kanada. Adakah bagi tok - tok ugama yang sangat tinggi taraf ahli syurganya ini perbuatan memberi, menerima atau terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan rasuah adalah sesuatu yang dituntut islam?

Kita kata mereka tak bermoral tapi aku belum pernah lagi dengar berita rakyat Sweden (85% atheist), Norway (75%) atau Denmark (80%) buang bayi dalam longkang atau mangkuk tandas. Secara umumnya, masyarakat barat sangat sayang kanak - kanak. Kita je yang berlagak islamik tapi setiap tahun lebih daripada 100 kes buang bayi direkodkan PDRM. Kita kata mereka tak bermoral tapi kes bunuh dinegara - negara Scandinavia jauh lebih sedikit daripada kebanyakan negara - negara majoriti Islam. Bukan ke sepatutnya negara negara kafir tu semua sepatutnya penuh dengan pembunuh? Kita kata mereka tak bermoral tapi rakyat Liechtenstein selalunya tak kunci pintu pun bila keluar rumah sebab kes jenayah dinegara mereka sangat rendah. Mereka tak takut pun barang berharga mereka dicuri. Tapi kita diMalaysia bukan sahaja pagar rumah dengan mangga gergasi tapi juga pasang grill dan sistem penggera keselamatan sebab terlampau takutkan pencuri. Kita kata mereka tak bermoral tapi pada April 2014 media media antarabangsa melaporkan kerajaan Belanda telah menutup 8 buah penjara dan bercadang menutup lebih banyak lagi kerana krisis kekurangan penjenayah yang teramat serius dinegara itu. Tak sangka negara kafir syaitan nirrojim macam tu boleh kekurangan penyangak.

Dengan hanya melihat kepada beberapa statistik (dan pemerhatian aku sendiri semestinya), umat islam tidaklah sebaik mana dan masyarakat barat tidaklah seteruk mana. Ahli agamawan islam seharusnya berhenti mengatakan sesuatu tanpa fakta kerana semakin banyak mereka memomokkan, memfitnah dan berdakyah semakin ramai umat islam yang akan menyampah dengan mereka. Ingat, zaman ini zaman informasi. Zaman "kita bagi makan tahi, dia bersuka ria mengunyah" sudah tamat.

P.S. Aku tak benci umat islam atau agama islam tapi aku tak suka dengan golongan agamawan islam. Aku dah berborak dengan ramai paderi, sami buddha & hindu serta imam dan berdasarkan pengalaman aku, aku boleh kata agamawan islam paling poyo, jobo, suka bercakap tak pakai fakta dan selalu memfitnah penganut agama lain.

Fazrin Jamal

sumber

nota kaki: sedih tgk ramai non-muslim dlm komen2 tu duk mengata2 ulama.. walaupun dia tak mention nama2 ulama tu... tp nampak dia org memperkecilkan ulama #:-S
 
Last edited:
bes..nak wat cm ne...ulama pn byk kaki belit gak..org sllu kata tudung rambut wanita zaman skrg x melambangkan apa2....sama la dgn sarban org lelaki...tpi bkn semua yg begitu...kita masih selamat sbb masih ada yg ikhlas kerana Allah...
 
umur berapa budak ni?
 
penyelesaiannya HUDUD....Its Simple
 
buat kajian ikut google..hermm,,,,
google tu spe punya,,,,,,,,,,
 
macamana hidup nak berkat kalau duk mengutuk ulamak? fikir2 lah sendiri.
 
dia buka ruang kepada non-muslim nak bantai ulama2... haiiiihhhh minta dijauhkan...
 
Paling aku pelik sebenarnya adalah apabila TT buka thread ni terus dengan tajuk "Melayu Athies".

TT memang pasti dia athies ke atau saja buat andaian berdasarkan apa yang dia tulis tu? Kena ingat dosa menuduh seseorang itu kafir (andaian si mamat tu athies) apa dia. Pi tanya dulu dia sebelum letak cop pada dahi dia.
 
Back
Top
Log in Register