BTC USD 81,900.6 Gold USD 4,170.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Budak kampung pakar robotik

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,675
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,675
Reaction score
1,682
Points
201
6156791750476283963_121.jpg


Budak kampung pakar robotik

Kuala Lumpur: Budak kampung yang kini berjaya mencipta nama dan mengharumkan nama negara di pentas robotik antarabangsa.

Itu antara kejayaan membanggakan ditunjukkan Muhammad Zaki Kamaruzzaman, 24, yang kini dijemput kerajaan Iran menjadi jurulatih robotik bagi pasukan robotik kebangsaan Iran.

Malah, kedatangannya untuk berkongsi ilmu robotik turut mendapat penghormatan dan liputan meluas media tempatan di Iran bagi berkongsi pengetahuan teknikal dimiliki.

Beliau yang berasal dari Kampung Balok, Kuantan, Pahang turut pernah memenangi kategori Sumo Robot 3 kilogram (kg) di kejuaraan robotik di Bangkok Suvarnabhumi University, Thailand pada 2023.

Kemahiran dimiliki melayakkannya menjadi pengarah program dalam mengendalikan pertandingan UniKL International Robattle Competition pada Disember 2023 membabitkan penyertaan seramai 150 individu dari pelbagai negara.

Muhammad Zaki memiliki ijazah sarjana muda kejuruteraan teknologi automasi dan robotik dengan kepujian dari Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute, Bangi, Selangor.

"Kejayaan saya menarik perhatian pasukan robotik kebangsaan Iran yang pernah menyertai pertandingan di Malaysia. Susulan itu saya dijemput khas bagi melatih pelajar mereka.

"Saya kemudian dibawa ke Iran pada 18 Julai lalu. Saya menjadi jurulatih dari Malaysia bagi membantu mereka membuat persiapan menyertai Kejohanan Robotik Dunia 2024 di Beijing, China pada 14 Ogos ini. Sepanjang tempoh itu, saya mengajar serta memberi bimbingan kepada 50 pelajar bagi empat kategori disertai iaitu Mini Sumo robot 500 gram Challenge, Rugby Challenge, Line Follower Challenge dan Creative Challenge.

"Bentuk modul pembelajaran yang saya sampaikan adalah menerangkan mereka asas dalam pembuatan sesebuah robot serta memahami konsep asas penguasaan robot dan reka bentuk untuk pertandingan," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan Pahang itu.

Menurutnya, dia menggunakan Bahasa inggeris ketika mengajar dan terdapat penterjemah khas yang membantu menerangkannya dalam bahasa Parsi.

"Bagi saya orang Iran sangat peramah dan pelajar mereka juga sangat cerdik walaupun masih kecil. Kematangan dan kepetahan mereka bercakap sangat mengagumkan saya.

"Saya memberi fokus dan berkongsi pengetahuan bersama kumpulan pelajar terpilih dari wilayah Tehran, Fars, Gilan, Khorasan dan Alborz di Iran," katanya.

Dia memaklumkan akan meneruskan kerjasama dengan pihak pendidikan di Iran dalam meningkatkan keupayaan mereka menghasilkan robot walaupun berdepan masalah memperolehi alat ganti.


Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register