BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak disangka sampah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Kereta terbabit yang dipercayai melanggar kanak-kanak tersebut. - Foto Sinar Harian
< 1 / 1 >
SABAK BERNAM - Disangkakan sampah, rupa-rupanya seorang budak. Itulah trauma yang dihadapi seorang pemandu kereta BMW apabila melanggar anak jirannya berusia lapan tahun di halaman rumahnya di Taman Perumahan Jalan Radin, Sekinchan, yang disangka sampah, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, Pua Yen An, gagal diselamatkan apabila mati dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Karang akibat kecederaan serius dan pendarahan di bahagian anggota badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu berlaku sewaktu pemandu lelaki berusia 60 tahun itu cuba menggerakkan kenderaannya yang berhenti di halaman rumah.

“Sebelum kejadian, pemandu terbabit dipercayai mengundurkan keretanya keluar dari rumahnya dan kemudian memberhentikan kenderaannya untuk mencari dokumen dalam kenderaan terbabit,” katanya.

Noor Mushar berkata, lelaki yang menjumpai dokumennya itu terus menekan pedal minyak untuk meneruskan perjalanannya, bagaimanapun dia tiba-tiba terlanggar satu objek hingga menyebabkan kenderaannya bergoyang sebelum bertindak memberhentikan kereta terbabit.

“Apabila turun dari keretanya, pemandu yang pada mulanya ingin memeriksa kenderaannya terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak lelaki terbaring dalam keadaan anggota badannya berlumuran darah,” katanya.

Beliau berkata, beberapa jiran yang menyaksikan kejadian itu terus memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa yang tinggal berhampiran dan terus membawa anaknya itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, anak mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 malam dan disahkan maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Karang.

Beliau berkata, siasatan kes kemalangan itu dijalankan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/budak-disangka-sampah-1.254767
 
mesti terus laju je tekan. suwey 5series dh bole jual
 
Rasa mcm cina ni pusing cerita
Pelik pulak sampah tak gerak2
 
masak la langgar orang,,
pejalan kaki kan bende yg kena utamakan
 
ye ke igt sampah... ntah ntah memang terlanggar dh
 
60 tahun tak payah bawa kereta laa...langgar abis orang woo apek tua..dah banyak kali aku tengok apek nyoya tua bawa kereta macam ptuiihh jaa..kalau aku naik backhoe mau ja aku langgarr...
 
Back
Top
Log in Register