BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak 7 tahun teguk bir

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
images.jpg


Petaling Jaya: Meskipun baru berusia tujuh tahun, seorang kanak-kanak lelaki sudah pandai meneguk bir yang disimpan di dalam peti sejuk di rumah jirannya dalam kejadian di Damansara Damai, di sini.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki yang belajar di tahun satu itu dipercayai mengambil minuman berkenaan buat pertama kali kelmarin sebelum jirannya mengadu kepada ibu kanak-kanak lelaki itu.


Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit mengunjungi rumah jirannya itu untuk bermain seperti biasa manakala ibunya berada di rumah bersama seorang lagi anaknya.

“Ketika itu, ibu kanak-kanak itu didatangi jirannya yang mengadu anaknya membuka peti sejuk tanpa kebenaran dan lebih mengejutkan, dia meneguk bir yang disimpan di dalam peti sejuk berkenaan.


“Sejurus selepas itu, ibu kanak-kakak terbabit menyoal anaknya itu dan dia mengaku serta memberi alasan berbuat demikian kerana ingin mencuba air orang ‘dewasa’ itu,” katanya.


Menurutnya, ibu kanak-kanak berkenaan yang berang dengan tindakan itu merotan anaknya itu dengan wayar hingga menyebabkan kesan lebam di tangan, bahu dan belakang badan.

Katanya, selepas kanak-kanak itu pergi ke sekolah semalam, guru kelasnya yang ternampak kesan lebam di tangan kanak-kanak itu menyangka anak muridnya yang berusia tujuh tahun itu menjadi mangsa dera ibu sebelum membuat laporan polis.


“Selepas disoal siasat, akhirnya terbongkar kejadian kanak-kanak lelaki itu sebenarnya dihukum akibat tindakannya minum bir di rumah jiran sebelum diserahkan kepada guru kaunseling untuk tindakan lanjut,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/ar...ukbir/Article/index_html#sthash.hVIiNzOs.dpuf
 
Uish, kenapa nie? Tadi baca pasal budak form 2 ada tatoo, nie lagi ganas, umur 7 tahun minum arak dah...
Harap sangat sangat yang budak 7 tahun nie, bukanlah beragama Islam...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
x boleh nak slahkan budak tu. orang tua la role model diaorg.
 
Try pegi jb. Area the zon. Berlambak bebudak melayu minum arak... kesian mak ayah...
 
apa dh jadi ngan dunia ni...minta jauhkan la dari family...
 
first time cuba ni dah kantoi, budak2 ni ada sifat nak tahu, hahaha
hehe.jpg
 
Aku x bole blah dgr ayat (air orang ‘dewasa’)

Mak bapak ******
Kalau nk simpan arak beli peti sejuk asing simpan la dlm bilik.
X payah ckp dgn budak nie air org dewasa x bole minum.
Lg cakap lagi la budak nk try.

****** tul
 
prihatin jugak makbapak budak tu,
ada kes dahulu tu, singapore kot. siap tayang kat fb lagi gambar dia suap baby dia minum carlsberg
 
Back
Top
Log in Register