BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak 5 tahun pakar IT termuda

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
ayan.ashx

Ayan mencipta sejarah apabila bergelar pakar IT pada usia lima tahun.

AYAN Qureshi hanya berusia lima tahun, tetapi dia kini bergelar pakar teknologi maklumat (IT) bertauliah paling muda di dunia.

Budak lelaki pintar ini sebelum ini perlu mendapat kebenaran khas untuk menduduki ujian yang dikendalikan syarikat perisian komputer terkemuka, Microsoft.

Bagaimanapun, pencapaian Ayan sama sekali tidak mengecewakan apabila lulus cemerlang ujian Profesional Bertauliah Microsoft.

Biasanya ujian itu diduduki calon di kalangan graduan kerana ia kemahiran yang sering mendapat perhatian pihak majikan.

Ayan yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke enam sebulan lagi hampir terlepas peluang menduduki ujian itu kerana pemeriksa menganggap dia terlalu muda.

Bagaimanapun, pihak Universiti Birmingham terpaksa menghubungi ibu pejabat Microsoft di Amerika Syarikat untuk memastikan Ayan mendapat kebenaran bagi menduduki ujian itu.

Kanak-kanak berbakat dari Coventry, England membuktikan keupayaannya apabila dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan lebih awal daripada tempoh dua jam yang ditetapkan.

--mstar
 
perghhhh dasat....masa kecik dulu mak pak dia buat sup programmer kot kekekeke bagi anak dia makan....
 
perghh genuis nyer..aku umo 5 tahun hnya pandai rosakkan barang mainan jer
 
huhuhuh... genius jugak ye.. tapi apa yang sebenarnya dia wat? takkan sebab lepas exam.. kira genius.
 
bakal Walter O'Brien ni, boleh masuk scorpion next season :)
 
perghhhh dasat....masa kecik dulu mak pak dia buat sup programmer kot kekekeke bagi anak dia makan....

tak pun sup processor kot bro, kalo ikut umo die rasenya intel i3 da keluar masa tu, takpun sup proc intek xeon :eek:
 
Back
Top
Log in Register