Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,859
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,859
- Reaction score
- 290
- Points
- 146
Suri rumah, Rosnani Mohd Yunus, 64, menunjukan hidangan bubur biskut kapal atau pengat biskut kapal ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Seri Kaya baru-baru ini.
Pada era 70-an hingga awal 90-an, bubur biskut kapal atau pengat biskut kapal menjadi antara juadah pencuci mulut yang cukup popular dalam kalangan masyarakat sekitar Perak Tengah.
Bagi mereka yang membesar pada era berkenaan, hidangan itu bukan sekadar pencuci mulut malah menjadi antara juadah yang dihidangkan dalam pelbagai keraian termasuk ketika menyambut Ramadan.
Rosnani Mohd Yunus, 64, berkata berdasarkan cerita generasi terdahulu, juadah itu dipercayai diperkenal oleh petani dan pesawah dari Pulau Pinang dan Kedah yang berhijrah ke daerah itu untuk mencari peluang baharu.
“Kebanyakan mereka datang sekitar 60-an dan 70-an untuk mengusahakan sawah serta kebun sebelum menetap dan mendirikan rumah tangga dengan penduduk tempatan.
“Dari situ, mereka bawa sekali resipi dari kampung halaman termasuk juadah bubur biskut kapal ini. Lama-kelamaan, ia menjadi popular dan sering dihidangkan sama ada untuk keluarga atau majlis tertentu,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Seri Kaya, di sini.
Katanya pertama kali mengenali juadah berkenaan adalah ketika berusia 12 tahun selepas diperkenalkan ibunya yang berasal dari Pulau Pinang.
Rosnani berkata setiap kali ibunya menyediakan juadah berkenaan, beliau akan duduk bersama di dapur sambil memerhati dan mendengar penerangan tentang ramuan yang digunakan.
“Emak saya memang suka memasak dan buat kuih. Kebiasaannya saya antara anak yang akan duduk bersama di dapur sambil memerhati dan mendengar penerangan tentang ramuan yang digunakan satu persatu,” katanya.
Bubur Biskut Kapal Gamit Nostalgia Era 70-an
Perak Tengah, Bota Kiri, bubur biskut kapal, makan