BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buat malu warga pesilat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Tanjung Malim: Presiden Majlis Pendekar Malaysia (MPM) Tan Sri Omar Din Mauju menyifatkan tindakan Mahaguru Silat yang mendakwa Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zain sebagai memalukan warga pesilat seluruh negara.

Menurutnya, Ibrahim juga perlu memohon maaf kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, atas apa yang sudah dilakukannya melalui rakaman video yang disiarkan melalui laman sosial.


Katanya, Raja Bomoh itu bukan saja memalukan warga pesilat, malah maruahnya sebagai guru silat juga sudah tercemar gara-gara insiden yang dilakukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, baru-baru ini.

“Saya rasa malu dengan apa yang dilihat di Facebook dan bertambah malu apabila tindakannya itu dilaporkan secara meluas media antarabangsa yang secara tidak langsung mencalarkan imej rakyat Malaysia dan negara,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejuaraan Pencak Silat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Jemputan Antarabangsa Ke-5 UPSI, di Dewan Kolej Ungku Omar, di sini semalam.


Katanya, tindakan Ibrahim hanya memalukan pesilat di seluruh negara, apatah lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mengiktiraf silat sebagai benteng ketiga negara.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014031706002320140317060023/Article/index_html
 
Baru betul..pendekar jumpa pendekar..
Silat Lincah bertempur dgn silat gayong...
Lagi satu rencah yg akan menghancurkan bangsa Melayu...

Teringat kesah Maharaja Namrud..:-?
 
Salaam.

Polemik Melayu yang tak berkesudahan.

Islam datang lama dah.

Tapi kemelayuan tu masih 'menebal'.
 
Last edited:
bomoh femes kt dunia skrg :D
 
Sikit hari nanti boleh tengok lawan tampar menampar
 
wow...ape kate wat pencak depan org ramai...pendekar vs raja bomoh...baru ada fight..takot ka
 
Back
Top
Log in Register