BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buang daging elak kuman

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
23hm8aaabf.transformed.jpg

MANGSA menerima rawatan di HTAA.​


Kuantan: "Nasib baik anak saya sempat berguling-guling selepas digigit anjing itu. Jika tidak, saya tidak tahu apa yang akan terjadi," kata Mohd Yusazril Mohd Yusof, 34, bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai cedera digigit anjing di Kampung Pelindung Jaya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Mohammad Danish Haikal cedera di betis kanan selepas digigit haiwan berkenaan.

Difahamkan, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Pelindung itu akan menjalani pembedahan kecil di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, bagi membuang daging bekas gigitan haiwan itu bagi mengelak jangkitan kuman.

Mohd Yusazril berkata, ketika kejadian, anaknya bersama tiga sepupunya berusia antara 10 dan 12 tahun pergi ke Pantai Pelindung berhampiran rumahnya sebelum melalui sebuah rumah serta kedai makan berhampiran pantai berkenaan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya



Source: http://www.hmetro.com.my/node/72467
 
Xpeke ke main buang2 daging

Ngeri pulak mendengarnye
 
Back
Top
Log in Register