Pisang kaki*(Jawi: ڤيسڠ کاکي) dengan nama lainnya*kesmak*atau*kesemak[1]*ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus*Diospyros*dalam famili kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan*Diospyros*dalam*bahasa Yunani Kuno*bererti "buah dewa"[2]. Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwanra*jingga kekuningan*atau*jingga kemerahan, dan berdiamter 1.5 hingga 9*cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau labu.[3]*Lazimnya, buah yang dipetik mengekalkan*sepalnya, tetapi menjadi lebih mudah ditanggalkan setelah cukup masak. Buahnya kaya dengan*glukosa, dengan profil*proteinyang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. Walaupun pisang kaki tidak dianggap sebagai "beri*biasa", namun ia sebenarnya merupakan sejenis "beri sebenar".Nama "pisang kaki" berasal dari perkataan*kaki*(柿?) dalam*bahasa Jepun.Di pasaraya Australia, buah ini dikenali sebagai Fuyu Fruit.