BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Brunei puasa 7 Jun? kenapa x sama dengan Malaysia?

Brunei mula puasa hari Selasa, Malaysia Isnin. Boleh ke Macamtu?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
sama je puasa mana'2 pun.. puasa dekat mesia ni dah kira okey dah awek aku puasa kt

london mau 19 jam sehari sebab musim panas skrg..
 
Apa yg sy tau Malaysia gune rukyah & hisab, Brunei plak guna rukyah je.
Yg bezanye cuma matlak-beza terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan)
Awal/lewat sehari terpulang pada penentuan/keputusan pihak berkuasa agama kt negara masing2 sama
de nk guna kaedah rukyah, hisab ataupn dua2 skali. Wallahu a’lam
 
Apa yg sy tau Malaysia gune rukyah & hisab, Brunei plak guna rukyah je.
Yg bezanye cuma matlak-beza terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan)
Awal/lewat sehari terpulang pada penentuan/keputusan pihak berkuasa agama kt negara masing2 sama
de nk guna kaedah rukyah, hisab ataupn dua2 skali. Wallahu a’lam

ooh..so kaedah la berbeza...

kalau yakin dgn kaedah masing2, tak salah pun kan?
 
Indonesia tahun ni mcm mana?
Sana ada 3 kumpulan agama terbesar, dan biasanya 3-3 lain tarikh..
Samada awal sehari, sama dgn kita atau lewat sehari..

Mcm tu boleh bg alasan Indon besar sgt sampai tak boleh bersatu bg 1 tarikh yg seragam.:-?
 
kisah raya di Malaysia

Satu ketika dahulu sewaktu Perak dibawah pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah, Perak telah mendahuli negeri-negeri lain kerana menyambut 1 Syawal sehari lebih awal daripada negeri-negeri lain. Ia berlaku pada tahun 1983.

Kisahnya bermula apabila nelayan yang balik dari laut telah melihat anak bulan dan berita tersebut diakui sah oleh pihak marin yang bertugas dilaut ketika itu.

Cerita seterusnya ialah maklumat tersebut disalurkan kepada mufti ketika itu, kata mufti pula ia perlu dimaklumkan terus kepada Tuanku kerana baginda mempunyai kuasa penuh dalam mengistyharkan hari raya.

Bila berita tersebut dipanjangkan kepada Almarhum Tuanku, baginda mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada semua rakyat jelata melalui institusi kerajaan negeri dan esoknya Perak sahaja telah menyambut 1 Syawal awal sehari dari negeri -negeri lain dan sama dengan negara lain seperti Singapore, Indonesia dan Brunei. Jabatan Penerangan dan polis telah menggunakan loud speaker mengumumkan hari raya keseluruh bandar dan kampung.

Baginda berbuat demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu betul. Biasanya apabila hari raya pertama kita akan melihat anak bulan sudah besar di ufuk barat dan tak perlu menggunakan teropong.

Di Malaysia setiap awal Ramadan dan awal Syawal terpaksa ditentukan melalui hisab dan rukyah tetapi tidak pada bulan-bulan lain.

Kini setelah beberapa tahun penentuan awal puasa dan raya sudah tidak menjadi perkara pokok lagi kerana sudah banyak tahun ia selari dengan catatan pada kalender. Tidak lewat dan tidak awal. Tidak lagi berlonggok depan televisyen data radio untuk mendengar pengumuman oleh Penyimpan Mohor
Ini kerana Malaysia menggunakan kaedah Imkanur-rukyah, ia hasil persidangan di Labuan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam ke 3 pada 1 Jun 1992.

Kini, bulan Hijrah ditetapkan berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang mengambil masa 29 hari 12 jam 44 minit dan 2.9 saat untuk melengkapkan pusingan.

Tahniah, sistem penentuan takwim di Malaysia telah dikemaskini, cuma bagaimana dengan peringkat antarabangsa?

Saya pernah menulis hal ini tahun lalu dan mencadangkan supaya takwim Hijrah di standardise satu dunia, dengan itu 1 Muharam 1 Ramadhan 1 Syawal dan 10 Zulhijah tidak berbeza-beza. Ini perlu dibincangkan dalam perhimpunan negara-negara Islam sedunia dalam OIC.

Awek dekat Perak ajak dtg beraya raya pertama,pakwe orang selangor kene puasa. Dugaan...
 
sama je puasa mana'2 pun.. puasa dekat mesia ni dah kira okey dah awek aku puasa kt

london mau 19 jam sehari sebab musim panas skrg..

19jam pun xde rasa macam kt sini.. cuaca dia lain. dulu aku pun sempat merasa puasa 19jam kt UK. Alhamdulillah, steady! :D
 
Aku tolong jawapkan.
Sebabnya umat Islam tak pernah bermuafakat dan bersatu hati.
Kat mana-mana pun sama dalam dunia ni..:">


Maaf tuan, bukan sebab tuh... sebabnya Semenanjung Malaysia & Brunei x sama ufuk...
 
Malaysia besar. Tmpt paling utama tgk anak bulan hujung sabah(timur malaysia) dan hujung langkawi (barat malaysia). Anak bulan kalau tak nampak di sabah, mungkin nampak di langkawi.
Brunai pulak kecil je negara.
 
Apa yang saya faham, ada sesetengah negara didunia ini berpeluang melihat anak bulan Ramadhan dan sebaliknya,
Ada yang dapat lihat selama 2 hari dan ada yang sehari.
Ada yang beberapa jam je dan ada yang tak nampak langsung.
Kalau macam 2 tahun lepas di Malaysia, memang takkan nampak sebab jerebu teruk.
So kalau tak berpeluang nampak kena guna hisab dan kelendar Islam.
 
Back
Top
Log in Register