BTC USD 83,613.5 Gold USD 4,156.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Broker mana yang tadak slipage?

Tuan topik,sila terangkan maksud slipage yang ko faham boleh tak??Dah ramai bertanya ko tak jawab2
 
exness dia ckp no slipage..tpi aku sendiri x phm ape tu slipage...hihihi
 
Biar pokcik cuba jwb...

Slippage ni bila nko masukkan order nk beli pada rega 10sen, tp nko dapat rega 11sen dari broker... Jd ada 1sen slippage kat cni...

FYI, slippage akan berlaku terutamanya bila market is fast moving (lepas major news biasanya..).

Kalu TT nk elakkan slippage, masukkan limit order..:)
 
Slippage

Perbezaan antara harga yang diharapkan dan harga yang sebenarnya.
Kebiasaan terjadi semasa order sell/buy dan close.
 
Permudahkan lagi

Slippage itu semacam tawar menawar harga, misalnya kita tekan buy pada harga 1.5010 dan slippage di isi 0, jika ketika harga itu harga bergerak ke 1.5011 maka akan ada keterangan requote dan diminta configure kembali apakah kita akan setuju order harga 1.5011

Tetapi kalau kita isi slippage misalnya 3 maka ketika harga bergerak ke 1.5012 pun order anda akan tetap execute di harga 1.5012 tanpa ada arahan konfigurasi lagi.

Slippage hampir sama dengan deviation
 
Broker yang tak pernah tanya pasal slippage ialah Marketiva tetapi ia tetap ada malah kadang² sehingga 10 pips.
 
semua broker ada slipage...
tak kira ler pakai lencana NFA ker... atau apa2 lencana pun...

cuma bro boleh cari broker yg kurang slipage...
baca kat post sebelum ni, yg cadangkan Easy fx, tapi rasanya tak sesuai ngan TT sebab TT nak run EA.
easyfx plak webbase platform..
 
cuba ACM,
tapi selagi guna MT4 mesti ade slippage,
ACM claim xde slippage tapi kalau guna MT4 mereka,
mereka tak jamin xde slippage,
kene guna platform ACM, :D
 
slipage ni masalah server atau broker buat main?Kalau masalah server seperti connection kita slow,server broker slow,terlalu ramai yg masuk,ter"hang" sekejap aku rasa semua broker ada mengalami masalah ni...jadi yg claim no slipage seperti mustahilah bende tu tak berlaku..lagi2 time news
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13265
USD / JPY
157.392
GBP / USD
1.32606
USD / CHF
0.83558
USD / CAD
1.42301
EUR / JPY
178.270
AUD / USD
0.69451
Back
Top
Log in Register