BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Britney nafi makan tupai

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Akhbar tabloid penuh cerita mengarut penyanyi terkenal

LOS ANGELES: Penyanyi Britney Spears menyifatkan kira-kira 75 artikel disiarkan kebanyakan akhbar tabloid mengenai dirinya sepanjang 2009 sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Satu kenyataan melalui laman web rasmi Spears berkata lebih 1,300 berita mengenai penyanyi itu ditulis sepanjang tahun ini dengan kebanyakan adalah tidak masuk akal atau benar-benar menghinakan.

"Kami sifatkan semua itusebagai yang dipercayai paling tidak masuk akal," kata kenyataan terbabit yang turut menyenaraikan 75 teratas cerita 'Bulls#it Britney Spears' sepanjang 2009.

Antara cerita tersenarai termasuk satu laporan sebuah tabloid London memetik biografi terbaru Spears yang menceritakan keluarga penyanyi itu pernah memakan daging tupai ketika zaman kanak-kanak beliau.

Daily Star melaporkan pendedahan itu menyebabkan jualan daging tupai meningkat berikutan peminat mula memilih tupai, arnab dan posum daripada penjual daging dan restoran.

Turut tersenarai adalah cerita mengenai Spears yang didakwa ketagih dengan terapi bunga, yang menggunakan pati pokok untuk menseimbangkan gangguan fizikal dan emosi.

Sementara laporan Evening Standard, London mendakwa Spears meminta dipasang tiang di bilik beliau ketika menginap di Hotel Dorchester bagi membantu mengekalkan berat badannya.

"Britney sukakan tarian tiang, ia adalah kegemaran terbarunya," kata satu sumber tidak dikenali kepada akhbar terbabit. "Beliau melakukan secara sendirian di bilik hotelnya."

Menduduki tangga teratas senarai terbabit adalah berita disiarkan pada Januari oleh akhbar Britain, Daily Mirror yang mendedahkan bahawa Spears didakwa berpacaran dengan jurulatih tari India, Sandip Soparrkar malah beliau mengadakan satu parti tahun baru untuk memperkenalkan lelaki itu kepada rakan dan ibu bapanya. – Agensi
 
janji paper laku
 
Back
Top
Log in Register