BTC USD 81,519.3 Gold USD 4,119.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Brave Internet Browser

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,815
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,815
Reaction score
7,754
Points
916
The browser that rethinks the web. Load pages 2x faster on desktop and up to 8x faster on mobile. Experience unparalleled privacy and security. We’re not in the personal data business. Customize your shield settings. Security meets simplicity. Defaults that matter. Sync your devices bravely. Support your favorite sites with Brave Rewards.

Screenshot-36.jpg


Screenshot-35.jpg

Official website https://www.brave.com
 
Last edited:
Saya gunakan Brave sekarang tp masih ada juga Chrome untuk backup. Brave ni mmg stable dan laju, di ubahsuai dari platform Chrome asalnya. Ada AD reward system (hanya website tertentu), juga dibenam dengan fungsi "Tor" untuk tujuan penggunaan carian deep web / dark web, termasuk incognito. Hanya satu kelemahan, ianya tidak guna akaun Google untuk Synchronisation seperti Chrome untuk kemaskini akaun, setting, bookmark dan password, sebab bukan produk Google.
 
Last edited:
Very good to have it all installed anyway. Do let me know what is really going on there no matter what. How do you really think about that ? Do you recommends that everyone else do install them or what or no ? How do you plan to react ?
 
mula2 memang ringan..dh lama berat jgk sama je mcm chrome
best lagi pkai chrome
 
Pelayar Web Brave Kini Sokong Protokol IPFS Bagi Mengakses Kandungan Yang Di Tapis

Idea asal Internet ialah perkongsian maklumat pada skala global secara mudah dan tanpa halangan. Tetapi dengan Internet kini sudah berusia lebih 32 tahun, pelbagai akses dihalang oleh negara-negara tertentu asal sebab keselamatan. Oleh itu protokol IPFS ( InterPlanetary File System) dibangunkan pada tahun 2015.

Pelayar web Brave hari ini mengumumkan sokongan IPFS secara terbina sekaligus menjadikannya yang pertama tanpa pengguna perlu memuat turun pemalam khas. Pengguna hanya perlu memasukkan alamat IPFS pada pelayar dan kandungannya dapat diakses terus.

Dengan protokol IPFS, maklumat yang ingin dicari disimpan pada nod yang telah disentralisasi. Ini berbeza dengan protokol HTTP yang menyimpan maklumat pada satu pangkalan pusat. Ia boleh dilihat seperti sistem Bittorent tetapi untuk maklumat laman web.

Penggunaan IPFS amat berguna untuk mengakses kandungan yang ditapis seperti laman Wikipedia yang diharamkan di Thailand (kerana kritikal terhadap pemerintah), Turki (kerana pro-pembangkang) dan China (yang menghalang maklumat dari negara luar yang tidak sejajar dengan dasar pemerintah).

Penggunaan pelayar Brave meningkat tahun lalu dengan lebih 5 juta pengguna yang inginkan privasi dan enggan diri dijejak ketika melayari web. Ia mempunyai penghalang iklan dan penjejakan secara terbina yang juga membuatkan ia mengurangkan penggunaan bateri pada komputer riba.

Brave-IPFS-Server-950x207.jpg.webp

Sumber asal https://brave.com/ipfs-support/
 
Brave Memperkenalkan Enjin Carian Bebas Penjejak, Memfokuskan Privasi - Bersaing Dengan Google

Brave
– salah satu penyedia pelayar web, hari ini telah mula menawarkan akses ke enjin carian mereka tersendiri, dinamakan Brave Search.

Brave-Search-950x571.jpg.webp

Brave Search ingin menjadi alternatif untuk Google, dan memfokuskan kepada privasi ketika carian, dan mengelak sebarang penjejak mengikuti pengguna.

Buat masa ini, pelayar web ini ditawarkan dalam bentuk beta kepada semua pengguna seluruh dunia. Brave turut mengatakan Brave Search akan menjadi enjin carian utama untuk pelayar web Brave kelak pada tahun ini.

Daripada percubaan kami sendiri, ia memaparkan hasil carian dengan pantas. Namun, hasil cariannya masih tidak dapat menyaingi Google dari segi ketepatan dan sebagainya. Mungkin kita akan melihat penambah-baikkan pada Brave Search ini dari semasa ke semasa.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak Brave Search hari ini, dan mencubanya sendiri dalam pencarian anda....
 
Pelayar Web Brave Kini Hadir Dengan Dompet Kriptowang Terbina

Brave kini telah menawarkan kemaskini untuk pelayar web mereka, dimana versi terbaru turut hadir dengan sokongan dompet kriptowang terbina, sekaligus menggantikan penggunaan pemalam tambahan pihak ketiga sebelum ini. Dengan langkah ini, ia sekaligus menjadikan pelayar web ini lebih mesra untuk penggunaan pelayaran melibatkan kripto – atau turut dipanggil ramai sebagai Web3. Ini akan memudahkan proses semakan baki, membeli NFT, dan sebagainya.

Dompet kriptowang ini hadir dengan sokongan rangkaian Ethereum. Brave juga dijangka menambah sokongan dompet kriptowang ini secara terbina pada versi mudah-alih tidak lama lagi. Selain itu, baru-baru ini pihak Brave turut telah menyatakan kerjasama dengan Solana, yang mana akan mengintegrasikan rantaian-blok berkenaan pada pelayar web mereka tidak lama lagi.

​
 
The brave browser may be good but I usually use Google chrome for my browsing.
 
Back
Top
Log in Register