BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BR1M 4.0 lebih bermakna

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
BUKIT MERTAJAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 kali ini lebih bermakna berikutan cabaran ekonomi dan peningkatan kos sara hidup.

Halijah Abdullah, 70, berkata, pemberian kali ini lebih bermakna berbanding tahun sebelumnya kerana kenaikan harga barangan dan untuk membeli ubat-ubatan bagi meringankan beban anak-anak yang juga kesempitan menguruskan kehidupan sendiri.

"Cara pemberian secara beransur-ansur juga elok terutama semasa ekonomi yang tidak menentu. Kalau diberi sekali gus, wang itu akan dihabiskan sekelip mata," katanya yang telah tiga kali menerima BR1M.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Penyampaian BR1M peringkat Pulau Pinang, yang dirasmikan Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman di sini, hari ini.

Bagi Halmiah Hasan, 63, pemberian BR1M RM950 amat membantu kehidupannya terutama untuk menampung kos perubatan serta wang itu akan disimpan untuk masa kecemasan.

"Tahun ini kita lihat harga barang naik, hidup pun susah. Jadi wang BRIM ini sedikit sebanyak meringankan beban dan cara pemberian bagus kerana beransur-ansur.

"Macam hari ini kita dapat RM300 nanti kita akan dapat lagi, jadi kehidupan itu lebih terancang daripada menggunakan wang itu sekali gus," kata Halmiah.

R Nandiri, 40, berkata, pemberian BR1M diterima pada masa yang tepat kerana tekanan kos sara hidup berikutan ekonomi tahun ini yang dilihat agak lembap dan mencabar.

"Harga barang pun naik, kena belanja untuk persekolahan anak-anak dan kehidupan harian. Pemberian ini menunjukkan kerajaan prihatin dan sedar kesusahan rakyat," katanya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, sebanyak 283,800 penerima BR1M di Pulau Pinang yang melibatkan RM218.3 juta dan daripada jumlah itu, 14,900 orang atau lima peratus daripadanya menerima wang tunai kerana tidak memiliki akaun bank.

Dalam belanjawan 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah yang akan dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi
RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. - Bernama
 
Memang bermakna untuk meraih undi....:))

:eek::eek::eek:

:-?:-?:-?

:(scam
 
wktu dapat ni bolehla kata bermakna.. rakyat tetap jugak akan tanggung kenaikan kos sara hidup kt mesia nih..
 
lepas pelaksanaan GST, BR1M akan jd tidak b'makna..hahaha
silap2 BR1M yg dpt utk cover GST yg 6% tu. pusing2 kerajaan tetap dpt balik apa yg dia bg..semua kena game.hahaha
 
itu namanya bermakna ada makna...
ingat dorang nak bagi saja2..puiiii
dengan ameno/beend ni kalau x menipu bukan dorang la
cakap pun belit2...
 
aku x layak dpt br1m sbb gaji lebih rm15 dari had br1m.. narjis
 
Bg joran lg sng dr bg ikan...
 
akhirnya duit itu akan habis jugak..
 
Back
Top
Log in Register