BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BPR gagal temui Nallakarupan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PUTRAJAYA 27 Ogos - Badan Pencegah Rasuah (BPR) masih gagal mendapatkan keterangan daripada Datuk S. Nallakarupan berhubung kenyataannya yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima RM60 juta daripada syarikat perjudian Magnum Corporation Berhad.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya menghubungi bekas sahabat Anwar itu sejak beberapa hari lalu, tetapi gagal.

''Saya sudah beri arahan kepada pegawai saya (supaya menghubungi Nallakarupan). Kita sedang hubungi dia tapi belum dapat lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada BPR sudah meminta Nallakarupan tampil memberikan keterangan berhubung pendedahan yang dibuatnya Sabtu lepas.

Katanya, BPR perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan Nallakarupan itu bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Sabtu lalu, Nallakarupan yang pernah menjadi Pengarah Perhubungan Awam Magnum mendedahkan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah menerima RM60 juta daripada syarikat itu.

Nallakarupan membuat dakwaan itu ketika berucap pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, baru-baru ini.

TUDUHAN LIAR TANPA BUKTI

NALLA PULA PERGI SEMBUNYI

JANGAN MEREKA-REKA LAGI

KAMI TETAP TIDAK PERCAYAI

:eek: :eek: :eek: :eek:
 
kalau pendedahan yg melibatkan penyelewengan be end memang BPR x ambik tindakan pon... kalau ambik tindakan pon lambat giler... BPR :(scam
 
Bukti ade ke tak tu tolak ketepi. Yg penting kasi sangkut itu kes di mahkamah. Sangkut sampai next PRU.
 
Nalla punya dok ada...:))
Bukti takdak tu yang hilang tu...
Masa buat tuduhan, nak bagi jadi modai kat Permatang Pauh jaa...:))
 
Aku, kalo dibagi 3,4 juta suruh fitnah pun aku nak... Tp yg paling penting masa mengundi, aku je yg tahu.... BPR.. Apa lagi tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu??????:p :p
 
kenapa pulak gagal.....???

bekas ADUN PKR sekejap jer BPR cekup....

xde pun yang gagal....:eek: :eek:
 
Nalla macam ular .. senang menyelinap lari.. dan hilang tidak boleh dikesan.. atau sengaja disembunyikan..
 
APa tuduh setakat 60 juta... kasi up sikit ler .... 600 juta ke.. 6 bilion ke.. atau macam budak2 cakap 6 puluh ratus ratus ribu ratus juta... baru gempak sikit... terduduk DSAI bila dengar tuduhan yg diterima..
 
punyalah ingat leh menang kat PP, so bolehlah ada kuasa nak tahan Anwar.

rupanya kalah daa... :))
 
Back
Top
Log in Register