BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boustead Meterai MoU Dengan SMP, EES Tingkat Keupayaan MRO Kapal Tentera Laut, Kapal Selam   Â

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ca56f42a9284cda0f9955db0b4f6057769e7490204ec3

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) menyaksikan pertukaran memorandum antara Ketua Wilayah Asia Pasifik Airbus Defence and Space, Zakir Hamid (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad Datuk Indra Ir Dr Ahmad Sabirin Arshad (kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Surat Hasrat (LOI) sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) - Boustead Holdings Bhd (Boustead) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) strategik dengan dua syarikat untuk meningkatkan keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kapal tentera laut dan sistem menyelamat kapal selam.

Boustead dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan MoU tersebut dimeterai dengan syarikat kejuruteraan dasar laut Submarine Manufacturing & Products Limited (SMP) yang berpangkalan di United Kingdom (UK) dan firma kejuruteraan Malaysia ENRA Energy Solutions Sdn Bhd (EES) yang terlibat dalam logistik tenaga, pembangunan hartanah dan perkhidmatan MRO.

Menurut kenyataan tersebut, Mou dengan SMP yang mengkhusus dalam kapal selam itu mencerminkan hasrat kedua-dua pihak untuk meneroka peluang dalam pembangunan sistem menyelamat kapal selam, memanfaatkan kepakaran SMP dan peranan Boustead dalam memudahkan inisiatif berkaitan pertahanan di Malaysia.

"Di bawah MoU itu, Boustead akan menyediakan sokongan kepimpinan strategik dan tadbir urus, memudahkan libat urus dengan pihak berkepentingan berkaitan pertahanan dan entiti berkaitan kerajaan, serta menyokong penstrukturan projek, pembiayaan dan kemampanan jangka panjang.

"Kedua-dua pihak juga akan meneroka kerjasama operasi, pengurusan projek dan pembangunan keupayaan dalam sektor pertahanan,” demikian maklum kenyataan itu.

Menurut Boustead, MoU kedua dengan EES pula bertujuan untuk meneroka bersama perkhidmatan MRO bagi sistem pendorongan dan penjanaan kuasa kapal, selain sokongan kitaran hayat untuk kapal yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menerusi MoU itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam projek tentera laut yang disasarkan, termasuk menyertai bersama dalam tender, berkongsi kepakaran teknikal serta menyelaraskan bersama usaha pembangunan perniagaan.

Boustead dan EES juga akan bekerjasama dan meneroka pembangunan keupayaan kodifikasi, termasuk pengenalpastian bahagian, penyeragaman dan rangka kerja sokongan logistik.

Kedua-dua MoU tersebut dimeterai Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad bersama Pengarah Urusan SMP Ben Sharples dan Ketua Pegawai Eksekutif EES Ikhlas Zainal di acara Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2026 (DSA 2026), di sini.

 
Back
Top
Log in Register