BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bot karam: 3 lagi mayat ditemui

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,660
Points
201
Bot karam: 3 lagi mayat ditemui
FB_IMG_1642681068592.jpg

KOTA TINGGI – Tiga lagi mayat disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang terlibat kejadian bot karam di perairan Teluk Ramunia awal pagi tadi dijumpai kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kesemua mayat wanita itu ditemui pada pukul 7.30 pagi dalam keadaan lengkap berpakaian sekaligus menjadikan baki mangsa disyaki masih hilang seramai tiga orang.

Katanya, kesemua 27 PATI itu dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Tondang Pulau Bintan Indonesia menggunakan bot kayu sepanjang 45 kaki dan disyaki hendak mendarat di kawasan sekitar perairan Teluk Ramunia namun berjaya dikesan pihak berkuasa.

“Bot dari Indonesia itu dilapor karam kira-kira satu batu nautika dari Teluk Ramunia. Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim telah mengesan pergerakan bot mencurigakan membawa PATI dan dipercayai pergerakan bot itu dari Tanjung Tondang, Pulau Bintan Indonesia.

“Bot kayu sepanjang 15 meter atau 45 kaki bewarna coklat tiga enjin dengan berkuasa sepenuhnya 600 kuasa kuda karam disebabkan keadaan cuaca selain berkemungkinan juga kerana menggunakan kelajuan maksimum.

“Dengan jumlah penumpang yang ramai bot berkenaan dipercayai tidak dapat mengawal kestabilan menyebabkan ia karam.

“Kesemua mangsa selamat ditemui dalam keadaan terapung di laut sebelum diselamatkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya pada sidang akhbar di Pos Hadapan Carilamat Zon Maritim Tanjung Sedili di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pengerang hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua PATI berkenaan dianggarkan berusia 20 hingga 40 tahun.

Jelasnya, kesemua 19 mangsa yang terselamat dibawa ke Pos Tanjung Sepang untuk siasatan lanjut manakala mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk bedah siasat.-K! ONLINE
 
BOT KARAM | OP Carilamat Di Teluk Ramunia Ditamatkan

Operasi mencari dan menyelamat baki dua lagi Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang hilang dalam kejadian bot karam di perairan Teluk Ramunia, di Pengerang, ditamatkan semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Op Carilamat itu ditamatkan setelah pencarian selama empat hari tidak menemui mangsa di perairan negeri itu.

 
Back
Top
Log in Register