puyol
CG Top Poster Club

- Messages
- 44,113
Top Poster #8
- Joined
- Jun 28, 2011
- Messages
- 44,113
- Reaction score
- 7,439
- Points
- 481
Boon Siew Honda hari ini melancarkan model skuter serba baharu Honda PCX di pasaran Malaysia. Skuter tersebut dilengkapi enjin 152.9cc yang dipadankan transmisi automatik V-Matic, dengan kuasa kuda maksimum 13.6PS@8,500rpm dan tork maksimum 13.8Nm@5,250rpm.
Dua varian ditawarkan iaitu Deluxe yang tampil dalam warna menarik Putih Mutiara Metaloid, sementara varian Standard hadir dalam dua warna Hitam Mutiara Magelanik dan Kelabu Metalik Berkilau. Harga Honda PCX bagi varian Deluxe ditetapkan sebanyak RM10,888.00, manakala varian Standard berharga RM10,688.00.
Boon Siew Honda dalam kenyataan medianya menyebut syarikat mensasarkan jualan model skuter serba baharu Honda PCX sebanyak 3,650 unit dalam masa setahun bermula bulan depan sehingga Oktober 2013. Pada masa yang sama, Boon Siew Honda meletakkan sasaran jualan motosikal Honda edarannya tahun ini kepada 262,700 unit berbanding 234,500 unit pada tahun sebelumnya.
Sumber