BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bonus Raya Kakitangan Awam

kozu

Legendary Member
gem
Messages
11,067
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,067
Reaction score
248
Points
133
kakitangan awam bakal mendapat bonus pada hari selasa ini..

KUALA LUMPUR: Lebih 1.2 juta kakitangan awam akan menerima gaji dan bayaran bonus setengah bulan Selasa depan bagi membolehkan mereka membuat persiapan awal menyambut Aidilfitri selain merancang perjalanan pulang ke kampung.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata Kementerian Kewangan memaklumkan perkara itu kepada kesatuan petang semalam dan Cuepacs amat menghargai tindakan kerajaan menjaga kebajikan kakitangan awam.

Katanya, Cuepacs menerima rayuan dan permintaan anggota sektor awam dan kesatuan gabungan berhubung perkara itu memandangkan Aidilfitri jatuh pada 1 Oktober depan.

“Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas kelulusan gaji lebih awal ini dan yakin anggota sektor awam dapat membuat perancangan kewangan yang bijak,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sementara itu, Omar berkata pihaknya memohon kerajaan mengisytiharkan 3 Oktober depan sebagai cuti khas sempena Hari Raya dan sudah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam.

“Kita sudah menulis surat kepada KSN memandangkan sambutan Hari Raya jatuh pada 1 Oktober (Rabu) dan 2 Oktober (Khamis) manakala kakitangan sektor awam perlu kembali bertugas pada 3 Oktober (Jumaat).

-Sumber berita Harian-
 
Last edited:
alhamdulillah...walaupun aku tak keje gomen...tp aku suka tgk yg berpendapatan rendah tuh merasa gak duit lebih time nak raya nih...jgn membazir sudah ler....
 
janji dulu pertengahan bulan
dalam belas2
dah tipu lagi dah

kenape asik menipu je??
 
alhamdulillah...walaupun aku tak keje gomen...tp aku suka tgk yg berpendapatan rendah tuh merasa gak duit lebih time nak raya nih...jgn membazir sudah ler....

Bagus attitude...:)cgrock :)cgrock
 
ayah ak mesti syok dengr ni huhu
 
kakitangan awam bakal mendapat bonus pada hari selasa ini..

KUALA LUMPUR: Lebih 1.2 juta kakitangan awam akan menerima gaji dan bayaran bonus setengah bulan Selasa depan bagi membolehkan mereka membuat persiapan awal menyambut Aidilfitri selain merancang perjalanan pulang ke kampung.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata Kementerian Kewangan memaklumkan perkara itu kepada kesatuan petang semalam dan Cuepacs amat menghargai tindakan kerajaan menjaga kebajikan kakitangan awam.

Katanya, Cuepacs menerima rayuan dan permintaan anggota sektor awam dan kesatuan gabungan berhubung perkara itu memandangkan Aidilfitri jatuh pada 1 Oktober depan.

“Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas kelulusan gaji lebih awal ini dan yakin anggota sektor awam dapat membuat perancangan kewangan yang bijak,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sementara itu, Omar berkata pihaknya memohon kerajaan mengisytiharkan 3 Oktober depan sebagai cuti khas sempena Hari Raya dan sudah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam.

“Kita sudah menulis surat kepada KSN memandangkan sambutan Hari Raya jatuh pada 1 Oktober (Rabu) dan 2 Oktober (Khamis) manakala kakitangan sektor awam perlu kembali bertugas pada 3 Oktober (Jumaat).

-Sumber berita Harian-

haha...ko dah kerja ke kozu? :)) :))

bangun2..gie kuliah
 
Back
Top
Log in Register